TULAR di laman sosial sebuah klip video memaparkan ribuan ikan keli bertaburan di atas jalan raya di wilayah Jawa Tengah, Indonesia.
Memetik laporan Tribun News, kejadian dipercayai berlaku selepas sebuah lori yang membawa muatan ikan itu terbalik akibat kemalangan.
Rakaman video tersebut telah tular sejak Selasa di laman TikTok Choiiiikayu dan menerima jumlah tontonan sebanyak 1.7 juta.
Menerusi rakaman video tersebut dapat dilihat aksi penduduk berusaha membantu menyelamatkan ikan keli yang masih hidup itu.
Malah, ada juga penduduk menggunakan penyodok dan tangan sebelum memasukkan ikan ke dalam bakul.
Selain itu, terdapat juga individu yang membantu menghalang ikan keli terbabit dari melompat ke arah sawah berhampiran tempat kemalangan.
Jalan tersebut kelihatan licin dengan dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan lain berikutan sebuah lori terbalik menghalang jalan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram