Konsert Lefthanded 40 Tahun Orkestra, impian jadi realiti – Man Kidal

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PEMAIN gitar Lefthanded, Man Kidal tidak menyangka perancangan kumpulan mereka untuk mengadakan sebuah konsert sempena 40 tahun penglibatan dalam industri muzik akhirnya tercapai.

Menurut Man, dia dan ahli kumpulan rock legenda itu sudah merangka konsert berskala besar sebelum pandemik Covid-19 menyerang dunia.

“Kami dah lama rancang sebenarnya nak buat konsert jelajah seluruh Malaysia sebelum wabak Covid-19 lagi. Idea ini juga mendapat persetujuan daripada Datuk Nash juga.

“Tapi nak buat macam mana, disebabkan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua rancangan terpaksa kami tangguhkan.

“Ada hikmah disebaliknya. Buktinya apabila konsert impian kami dapat direalisasikan pada tahun ini,” katanya kepada URTV ketika ditemui di Lagend Studio, Damansara, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Lefthanded 40 Tahun akan diiringi pemuzik orkestra

Konsert yang diberi nama Lefthanded 40 Tahun Orkestra itu akan berlangsung pada 3 Jun ini di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Selain Man, konsert selama dua jam itu akan turut dijayakan oleh Datuk Nash selaku vokalis , Hafiz Dayak (dram), Ritz (gitar), Rio Rasul (keyboard) dan Fly (bass).

Bercakap tentang orkestra dan rock, ujar Man, tiada yang pelik untuk mengabungkan dua genre muzik itu.

“Muzik orkestra sangat lembut dan halus. Bila ada muzik yang ‘fast’ mesti nak kena ada ‘rasa’ orkestra tu.

“Untuk pengalaman dengan muzik orkestra, Alhamdulillah saya dah sampai ke Rusia. Bila bermain dengan muzik orkestra, paling penting kena jaga muzik rock.

“Muzik rock bebas tapi dengan orkestra ini ia lebih ‘terkunci’ sedikit. Tapi untuk saya, gabungan orkestra dan rock tidak pelik,” ujarnya.

Tambah Man lagi, dia berterima kasih kepada penganjur iaitu Menara Network yang sudi mempelawa kumpulan mereka untuk sebuah konsert yang akan dijadikan sebagai kenangan sepanjang zaman.

“Seperti yang saya katakan, Lefthanded dah lama rancang nak buat konsert tapi disebabkan beberapa faktor, kami terpaksa tangguhkan dulu.

“Tak sangka pihak Menara Network berminat untuk menjadi penganjur konsert kami. Insya-Allah, Lefthanded akan menyampaikan 20 buah lagu pada malam konsert.

“Kami juga menjemput penyanyi Singapura, Yazid Lovehunters dan Hazama sebagai penyanyi undangan. Malah, kami ada perancangan untuk menambah beberapa lagi artis jemputan. Insya-Allah.

“Keseluruhannya konsert itu nanti kami mahu penonton menghayati sejarah perjalanan muzik kami yang asalnya dari Johor Bahru sehinggalah 40 tahun penubuhan. Harap peminat-peminat Lefthanded akan terhibur dengan persembahan kami nanti,” katanya.

Tiket konsert dijual pada harga bermula RM158 hingga RM588 dan boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This