SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan perasaan kecewa terhadap bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat-flat kos rendah di negeri itu.
Dalam kenyataan di Facebook rasmi, Sultan Ibrahim bertitah, kebanyakan flat-flat kos rendah di Johor berada dalam keadaan daif.
Titah Sultan Johor, keadaan flat itu dipenuhi sampah sarap yang dibuang merata-rata hingga menjadi tempat pembiakan serangga berbisa.
“Saya melihat ada beberapa flat kos rendah di negeri ini dalam keadaan yang amat menyedihkan dan seolah-olah rakyat saya hidup dalam ‘reban ayam’.
“Saya harap kerajaan pusat akan berikan bantuan untuk baikpulih flat kos rendah yang lama, dan penduduk juga mesti sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran kawasan flat mereka,” titah Sultan Ibrahim.
Baca artikel berkaitan: Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran jelik terhadap Sultan Johor
Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor dan Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman.
Dalam pada itu, Sultan Johor turut menzahirkan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan pembersihan yang dijalankan SWM Environment Sdn Bhd (SWM) di negeri itu.
“Kerajaan negeri terpaksa membayar hampir RM180 juta setiap tahun kepada SWM, namun perkhidmatan (pembersihan) atau pungutan sampah yang dijalankan langsung tidak memuaskan.
“Malah perjanjian bersama SWM adalah ‘watertight’ seolah-olah tidak boleh dipertikaikan. Walaupun banyak aduan telah dibuat mengenai perkhidmatan SWM yang mengecewakan, namun keadaan masih tidak berubah,” titah Sultan Ibrahim.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

