PRN: PN muktamad agihan kerusi minggu depan

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) akan memuktamadkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini pada minggu depan.

Pengerusi PN Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia akan dimuktamadkan oleh Majlis Presiden PN selepas menerima keputusan perbincangan daripada Jawatankuasa Perundingan antara parti.

“Apa yang boleh saya katakan perbincangan sesama kita di peringkat negeri-negeri berjalan dalam suasana harmoni dan mesyuarat tersebut akan memutuskan bilangan kerusi yang akan ditandingi PAS, Bersatu dan Gerakan,” katanya.

Naib Presiden PAS itu berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Tanah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan, Marang hari ini.

Baca artikel berkaitan: PRN Kedah: BN, PH guna logo sendiri, kata Mahdzir

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata PN juga akan mengumumkan beberapa nama besar daripada pelbagai parti politik yang bakal menyertai gabungan itu, awal bulan depan.

Ditanya sama ada nama-nama besar itu akan diangkat sebagai calon PN pada PRN, beliau berkata ia bergantung kepada kesesuaian kawasan dan penerimaan rakyat selain menegaskan apa yang penting adalah kemenangan untuk gabungan.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This