Kerap pandang skrin komputer & telefon bimbit, Riezman Khuzaimi terpaksa pakai pendakap leher akibat ‘slip disc’

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Riezman Khuzaimi mendedahkan keadaannya yang kini terpaksa bergantung kepada penggunaan pendakap leher disebabkan penyakit slip disc yang dialami sejak April lalu.

Kata Riezman atau Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 53, dia mula menyedari tentang penyakit itu selepas mengalami sakit di bahagian tengkuk ketika bangun untuk bersahur pada bulan Ramadan baru-baru ini.

“Saya mula kena seminggu berpuasa. Nak bangun sahur tiba-tiba tangan sebelah kanan tak boleh gerak dan tak rasa apa-apa.

“Mulanya ingatkan sakit saraf dan pergi ke klinik. Kemudian saya lakukan pemeriksaan lanjut di hospital dan doktor sahkan saya alami masalah slip disc,” katanya kepada URTV.

Riezman berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Goyang Asia Koplo Milenia yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Ujar Riezman, sering menghadap skrin komputer dan telefon pintar hampir setiap hari antara faktor masalah slip disc ‘menyerang’ dirinya.

Selepas mendapatkan nasihat doktor, dia juga disarankan untuk tidak melakukan sebarang pembedahan kerana khuatir boleh membahayakan nyawanya.

“Mungkin disebabkan postur badan selalu menunduk menyebabkan berlakunya masalah ini. Kata doktor ramai yang sudah mengalami masalah yang sama seperti saya.

“Disebabkan sakit ini pada bahagian tengkuk doktor tak nasihatkan untuk buat pembedahan. Kalau bedah keberangkalian sembuh adalah 50-50. Ia juga boleh mengancam nyawa.

“Jadi sekarang ini memang saya akan buat fisioterapi tiga hari seminggu. Penyakit ini boleh sembuh tapi ia juga boleh datang kembali pada bila-bila masa,” ujarnya.

Tambah Riezman, dia akui masalah yang dihidapinya itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada emosinya yang tidak menentu.

“Saya akui memang awal-awal dulu sangat emosi…rasa nak cepat marah. Maklumlah apabila tiba-tiba berlaku perubahan dalam diri sekelip mata.

“Sekarang ini saya terpaksa tukar aktiviti harian. Dah tak boleh nak menunggang motosikal sebab helmet agak berat dan boleh beri kesan,” kongsinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This