Anak lelaki yang minum susu ibu lebih pintar, kurangkan risiko kanser payudara anak perempuan

Dari Penulis

Kanak-kanak yang membesar dengan susu ibu lebih bijak daripada kanak-kanak yang minum susu formula. Itu hasil kajian sekumpulan saintis dari Institut Penyelidikan Kesihatan Kanak-kanak Telethon, University of Western Australia.

Bagaimanapun, dalam ujian melibatkan 1,038 kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia sepuluh tahun di United Kingdom itu, kebaikan susu ibu dikesan menyebabkan anak lelaki lebih pintar. Namun tidak pada anak perempuan!

Murid-murid perempuan tersebut secara purata mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik daripada murid lelaki. Namun bagi murid lelaki yang mendapat susu ibu sekurang kurangnya enam bulan mencatatkan pencapaian sembilan peratus lebih tinggi dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira berbanding kanak-kanak lelaki yang minum susu formula.

Susu ibu kaya dengan asid lemak yang penting untuk perkembangan sel otak anak, namun para penyelidik berkenaan tidak pasti mengapa ia hanya berkesan menguatkan minda anak lelaki sahaja.

Fakta yang diberikan para saintis itu, kemungkinan otak anak perempuan telah menyerap zat daripada hormon estrogen ibu ketika dalam kandungan menyebabkan lemak sihat dalam susu ibu dicipta khusus untuk meningkatkan otak anak lelaki pula supaya setara dengan minda anak perempuan yang diketahui mendahului kanak-kanak lelaki.

Namun ini tidak bermakna susu ibu tercipta untuk anak lelaki sahaja, sebaiknya banyak kebaikan susu ibu lain yang dapat memberi manfaat kepada anak anda tanpa mengira jantina.

Kajian selama 18 tahun di New Zealand terhadap 1,000 kanak-kanak yang dijalankan oleh Horwood dan Fergusson – membabitkan kesan susu ibu terhadap pencapaian akademik mendapati, mereka yang minum susu ibu terbukti lebih bijak dan mempunyai pencapaian akademik memberangsangkan berbanding kanak-kanak yang minum susu formula!

Sementara itu, kajian oleh Freudenheim mengenai susu ibu dan kaitannya dengan kanser payudara yang diterbitkan pada 1994 pula mendakwa, wanita yang minum susu ibu semasa kecil walaupun tidak secara eksklusif adalah 25 peratus lebih rendah berisiko menghidap kanser payudara berbanding wanita yang langsung tidak pernah menerima susu ibu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This