“Asal jumpa saja mengandung” – Usikan ‘nakal’ Nabil Ahmad terhadap Neelofa undang tawa netizen

Dari Penulis

BIARPUN sudah tidak lagi bergelar pengacara program MeleTOP, hubungan baik antara Nabil Ahmad dan Neelofa masih seperti dahulu.

Maka tidak hairanlah jika keserasian yang ditonjolkan oleh mereka sewaktu mengacarakan rancangan hiburan tersebut mendapat sambutan baik daripada penonton.

Terbaharu, Nabil memuat naik foto dirinya bersama isteri, Zira dan Neelofa yang sedang sarat hamil anak kedua.

Kapsyen Juara Raja Lawak Astro itu menarik perhatian netizen yang menganggap lawak jenaka Nabil itu ‘sampai’ kepada Neelofa.

“Next to N. Asal jumpa saja mengandung,” tulisnya.

Hantaran tersebut mendapat perhatian Neelofa yang mengulang siar perkongsian tersebut di Instagram Story dengan meminta agar Nabil ‘berhati-hati’.

“Hahaha…kapsyen! Baik-baik, nanti berjangkit,” ujarnya.

Menerusi pemerhatian URTV di ruangan komen, rata-rata pengikut terhibur dengan lawak jenaka kedua-dua selebriti itu.

“Jaga-jaga, nanti yang tengah terkena. Boyot perut.

“Saya rindu duo ini.

“Rindu gandingan kamu berdua. Nampak natural dan bab bahan-membahan kawan tu yang best. Macam realiti gitu,” komen netizen.

Sejak memilih untuk berniqab, Neelofa membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada menjadi pengacara MeleTOP yang dikendalikan selama tujuh tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelakon era 90-an, Ridani Ghani meninggal dunia akibat kanser ovari

INDUSTRI seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon era 1990-an, Ridani Ghani, 52, yang menghembuskan nafas terakhir akibat...

More Articles Like This