Kebanyakan wanita yang menghidap penyakit kelamin merasa sangat malu ketika mereka didiagnosis dengan jangkitan. Mereka merasa seolah-olah mereka berjalan-jalan dengan tanda merah pada dahi mereka sendiri dan tidak akan dapat mengadakan hubungan seks lagi.
Salah satu hal yang paling sukar selepas didiagnosis adalah mengenal pasti pasangan yang telah memberikan virus tersebut. ini adalah perkara biasa jika ada manusia yang menuding jari dan tidak mengaku serta tidak mahu membantu bagi mengatasi masalah.
Tetapi perkara ini bergantung pada fakta bahawa mungkin pasangan anda tidak tahu bahawa dia mempunyai virus penyakit kelamin kerana tidak semua orang menunjukkan gejala mereka menghidapi penyakit tersebut.
Selain daripada itu, mungkin anda harus memberitahu pasangan anda bahawa anda mempunyai penyakit kelamin. Mungkin ini akan menjadi sukar untuk pasangan menerimanya tetapi jika anda ingin menjaga hubungan perkahwinan anda, pasangan anda perlu tahu bagaimana dia boleh melindungi dirinya sendiri.
Menggunakan kondom lateks boleh mengurangkan risiko penularan virus selagi kondom dalam keadaan baik dan dapat melindungi sepenuhnya kawasan zakar yang berhubung dengan vagina kerana kulit yang menghantar virus bukan air mani.
Jika anda adalah salah seorang penghidap penyakit kelamin oral, anda harus berhati-hati apabila melakukan hubungan seks dengan pasangan kerana virus akan menular pada pasangan anda.
Dengan menggunakan dental dam atau kondom lateks bagi menutup bahagian vagina, dengan ini dapat mengurangkan risiko penularan virus tersebut.
Seperkara anda juga tidak perlu bimbang jika anda mempunyai penyakit kelamin anda masih boleh mempunyai anak. terdapat ramai wanita yang menghidap penyakit kelamin telah menghadapi kehamilan biasa. Namun anda perlu berjumpa dengan doktor dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak meminimumkan risiko penularan virus kepada bayi yang belum lahir.
Hidup dengan menghidapi penyakit kelamin mungkin tidak mudah. Tetapi anda boleh memilih sama ada membiarkannya atau mengawalnya sehingga anda kembali menikmati kehidupan yang biasa.

