POLIS mengesahkan telah mengeluarkan saman terhadap anggotanya yang meletakkan motosikal di parkir Orang Kurang Upaya (OKU).
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah mengesan gambar tular di laman Twitter mengenai kejadian itu pada pagi tadi.
Beliau berkata, gambar terbabit memaparkan sebuah motosikal jenis Honda ST 1300 milik cawangan Motoked Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala lumpur telah parkir di kawasan parkir OKU di apartmen Flora Damansara.
“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 11.30 pagi Isnin.
“Satu laporan polis telah dibuat hari ini dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi kepada pengguna jalan raya termasuk agensi penguatkuasaan yang tidak mematuhi arahan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

