DUA lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samun di kaki lima sebuah premis dekat Jalan Anggerik Eria Seksyen 31/7 Kota Kemuning, Shah Alam, 4 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.40 pagi.
Katanya, suspek telah masuk ke dalam sebuah kedai runcit yang di dalamnya terdapat dua orang pekerja dan seorang pelanggan.
“Suspek mahu membeli minuman keras tapi akan bayar kemudian, namun pekerja kedai tidak membenarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ujarnya, suspek tetap berkeras sebelum bertindak mencederakan seorang pelanggan menggunakan sebilah pisau.
“Mangsa berusia 34 tahun yang merupakan warga Bangladesh cedera di leher kiri,” katanya.

Jelasnya, kerugian yang dialami termasuk minuman keras dan wang tunai RM 400.
Mohd Iqbal berkata, dua lelaki berbangsa India berusia 30-an telah ditahan pada pukul 8.20 malam kelmarin.
“Suspek pertama memiliki dua rekod jenayah manakala suspek kedua mempunyai enam rekod jenayah.
“Kedua-dua suspek direman sehingga Jumaat,” ujarnya.
Tambahnya, seorang lagi suspek bebas yang dikenali sebagai R. Harekaran, 25, beralamat Taman Sri Muda masih giat diburu polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 012-2666025.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

