Tak vibe la kalau korang ‘food hunter’ tapi tak pergi pun Hatyai untuk jalan-jalan cari makan. Jangan bagi alasan tiket kapal terbang mahal sebab boleh naik bas sahaja untuk ke selatan Thailand. Lagi relaks, tak perlu berkejar nak sampai awal dekat airport kan?
Baru-baru ini Wanita berkesempatan berkunjung ke Hatyai atas jemputan KOPETRO Travel & Tours, anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) dengan pakej yang cukup menarik dan mesra Muslim.
Bukan hanya memberi fokus kepada tempat pelancongan popular, namun banyak tip rahsia yang dikongsikan ‘abang’ KOPETRO bila datang ke Hatyai, paling best mestilah banyak pitstop untuk ‘coffee hunting’ dan destinasi wajib, 7-Eleven.
Bab makanan tidak perlu risau. Tak sempat berlapar kerana semuanya sudah disediakan di dalam pakej dari sarapan pagi, makan tengahari sehingga ke makan malam. Paling win mestilah hidangan kaengsom iaitu asam pedas Thailand, kesedapannya mencengkam jiwa.
Dan pakej mesra muslim ini turut menitikberatkan waktu solat, jadi apabila tiba waktu, agensi akan mencari ruang untuk peserta menunaikan solat jamak. Jadi nak jalan-jalan pun senang hati kan?
CTC Durian Burung
Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur sekitar jam 9.00 malam ke CTC Durian Burung. CTC Durian Burung hanya mengambil masa kurang 30 minit untuk melepasi sempadan, tak perlu beratur panjang. Jimat masa dan tenaga.
Coffee Hunting
Satu-satunya agensi pelancongan yang cukup memahami isi hati pencinta kopi. Destinasi pertama dituju selepas tiba di Hatyai ialah Café Amazon. Suasana dan rekaan yang cukup unik, harga kopi yang sangat berbaloi dan tempat OOTD yang stail habis. Memang terbaik.
SeaVerse Café antara lokasi wajib jika singgah ke Songkhla. Saujana mata memandang, dikelilingi bukit bukau, tasik jernih kehijauan dan secawan kopi panas, fuhhh nikmatnya hidup. Harga kopi di sini hanya sekitar 70 hingga 90 bhat, murah kan? Port OOTD untuk Instagram.
Jangan lupa singgah Moon Cafe di Songkhla.


7-Eleven
Jauhnya pergi sampai ke Thailand nak memborong di 7-Eleven, namun inilah lokasi wajib singgah di setiap perjalanan. ‘Abang’ KOPETRO memang sporting habis, asalkan dapat menghormati masa dan jadual itineri, semuanya boleh dibawa berbincang.
Antara barangan wajib borong ialah produk kosmetik dan kecantikan, burger (halal), teh ais, kopi ais dan air minuman. Murah dan berbaloi.
Tip – bawa duit lebih untuk shopping di 7-Eleven. Setiap kali jumpa barang yang diminati, terus beli. Jangan menyesal kemudian hari.
Khlong Hae Buffet Seafood
Berkonsepkan ‘buffet all you can eat’, restoran ini menyediakan dua dapur iaitu untuk steamboat dan bbq menggunakan arang.
Ikan garam bakar, ikan bakar, segala jenis seafood dan perapan ayam dan daging, hidangan berlauk, jeruk, segala macam ada dihidangkan. Dan ada tiga pilihan sos pencicah disediakan, aroi ching ching. Jangan risau, semuanya halal.
Tip – datang awal supaya tak perlu beratur panjang untuk ambil lauk dan kemungkinan lauk habis.

Khlong Hae Floating Market
Pelbagai jenis hidangan street food ada di sini dan semuanya dimasak secara live di atas sampan. Pemandangan malam cukup menarik dengan hiasan lampu dan deretan sampan yang sedang berjualan. Aktiviti karaoke juga disediakan bagi mereka yang nak sumbangkan suara.
Di sini semua street food Thailand dikumpulkan di satu tempat, jadi lebih mudah andai nak food hunting. Yang penting halal.
Tip – kosongkan perut sebelum datang ke sini.

Chang Puak Cham (Taman Gajah)
Ada pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan di Chang Puak Cham. Paling menarik dan kecoh tentulah bila gajah dengan romantisnya ‘angkat’ kita untuk bergambar. Ada juga aktiviti memanah, bergambar bersama monyet dan ATV untuk dilakukan di sini. Gajah memegang peranan penting dalam sejarah dan budaya Thailand. Gajah adalah simbol monarki, simbol peperangan, selain simbol keamanan dan ketenteraman Thailand.

Singora Tram Tour
Pengalaman naik tram dan dibawa mengeliling bandar lama Songkhla satu pengalaman yang cukup unik. Bayangkan bangunan berusia ratusan tahun masih kekal dipelihara dan dijadikan tarikan pelancong. Malah ada yang diubahsuai tanpa dirosakkan seni bina dan elemen sejarah untuk dijadikan kedai kopi.
Terdapat sebuah bangunan khas yang menyimpan ratusan foto mendiang Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej sedari muda. Pelawat juga dinasihatkan memakai pakaian yang sopan sewaktu melawat.
Boleh dikatakan setiap 100 meter terdapat sebuah kedai kopi yang cukup cantik dan comel. Wanita dibawa ke kedai kopi halal iaitu Moon Café. Kafe comel ini turut bersambung ke bahagian belakang pelabuhan, jadi sambil minum kopi bolehlah menikmati pemandangan indah kapal berlabuh.


Pantai Samila
Tak sah ke Songkhla andai tak jumpa duyung paling terkenal di Thailand. Kisah cinta tak kesampaian seorang nelayan kepada seekor ikan duyung yang sangat cantik diabadikan menerusi patung emas duyung yang diletakkan di Pantai Samila.

Asean Night Bazaar
Tempat paling ‘heaven’ untuk bershopping sakan. Harga jangan risau, boleh tawar menawar. Di tingkat dua juga terdapat deretan gerai street food yang cukup unik, enak dan menarik. Terdapat ‘money changer’ di sini, jadi jangan risau jika kehabisan duit bhat.

Butik Rosecarre
Satu-satunya kedai sutera yang ada di Hatyai. Terdapat ratusan pilihan kain sutera pasang untuk dipilih, memang rambang mata. Jika ikut trip bersama KOPETRO Travel, siap ada diskaun tambahan. Cantik untuk dibuat baju bernikah, dan boleh juga buat persediaan untuk baju raya.

Danok
Destinasi terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Peniaga Danok menerima matawang Ringgit Malaysia untuk berurus niaga, jadi lebih mudah nak membeli belah. Banyak gerai makanan dan jualan seperti pes tomyam, kari hijau, belacan Thailand, beras Siam dan pelbagai lagi untuk diborong.

Terdahulu, seramai 31 orang daripada media, pempengaruh (influencer) dan blogger mengikuti trip percutian selama empat hari dua malam ke Hatyai – Songkla – Danok.
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian hotline KOPETRO Travel 03-21641577 / 019-2577847 (Hotline Sales KOPETRO Travel) atau layari website KOPETRO Travel di www.kopetrotravel.com.my atau ikuti akaun media sosial @kopetrotravel di Facebook dan Instagram.

