Banjir di Hatyai: 40 warga UUM turut terkandas, hotel dinaiki air

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 36 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama empat pensyarah pengiring turut dilaporkan terkandas di Hatyai, Thailand susulan banjir kilat yang melanda wilayah tersebut sejak semalam.

Kesemua warga UUM dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TIISA-UUM) itu berada di Hatyai bagi menyertai program Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025.

Difahamkan, kumpulan pelajar dan pensyarah pengiring itu sepatutnya pulang ke tanah air, semalam.

Dalam hantaran di Facebook, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, pihaknya sedang memantau keadaan itu secara berterusan.

Pada masa sama, katanya, UUM sedang berhubung rapat dengan Konsulat Malaysia di Hatyai bagi memastikan bantuan dan sokongan dapat diberikan segera.

Setakat ini, Ahmad Martadha memaklumkan, kesemua pelajar dan pensyarah pengiring itu dilapor berada dalam keadaan selamat.

Baca artikel lain: Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,717 orang

Beliau berkata, pihak universiti sedang menyelaras tindakan yang perlu bagi memastikan urusan kumpulan itu dapat diteruskan dengan baik setelah keadaan kembali pulih.

“UUM menasihatkan agar keluarga pelajar dan staf yang terlibat bertenang dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“UUM komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan semua pelajar serta staf terjamin, khususnya dalam situasi tidak dijangka seperti ini,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Dalam pada itu, pensyarah yang mengetuai delegasi itu, Dr Mohd Hadzrami Harun Rasit berkata, keadaan pelajar ketika ini terkawal.

“Petang tadi, hujan berhenti dan awan kelihatan cerah. Cuma kami terkepung dengan air banjir dan ada sedikit cabaran bekalan makanan,” katanya.

Sementara itu, UUM dalam hantaran terbaharu memaklumkan, hujan di kawasan sekitar Hotel Wangburapa Grand Hatyai yang menempatkan kumpulan itu telah pun berhenti.

“Air semakin naik, paras bawah hotel dah dinaiki air. Bekalan air dah terputus,” katanya.

Semalam, kira-kira 4,000 rakyat Malaysia di Hatyai, selatan Thailand dan kawasan berhampiran dilaporkan terjejas akibat banjir dengan sebahagiannya berdepan gangguan bekalan elektrik dan bekalan makanan.

Menurut Wisma Putra, kesemua mereka dilaporkan selamat dan kebanyakannya menginap di hotel bertingkat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This