Ahli politik tak perlu terlibat perolehan aset ketenteraan – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli politik atau mana-mana ejen luar agar tidak terlibat dengan keputusan berkaitan perolehan aset ketenteraan.

Beliau berkata keputusan profesional untuk perolehan aset seperti pesawat, kapal dan senapang perlu diambil oleh pihak ketenteraan yang terbabit.

“Apabila sudah ada keputusan, boleh berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan kos dan kita akan runding secara terus dengan pihak yang terlibat untuk mengelakkan ketirisan,” katanya semasa berucap di Majlis Ramah Mesra bersama warga Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di sini yang turut dihadiri Komander Pangkalan Tentera Udara Butterworth Brigedier Jeneral Khairol Muzambi Salehin, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara Leftenan Jeneral Datuk Zahani Zainal Abidin.

Anwar berkata dasar pertahanan Malaysia harus meletakkan kesiapsiagaan yang cukup memandangkan kelengkapan pertahanan negara buat masa ini tidak mencapai tahap kesiapsiagaan negara jiran kerana masih ada aset lama digunakan.

Perdana Menteri berkata ini disebabkan dasar lama yang tidak menyerahkan hal perolehan aset kepada tentera dan akhirnya menyebabkan berlaku banyak ketirisan susulan komisen yang tinggi.

Beliau juga berkata kerajaan akan memberi tumpuan kepada pembinaan rumah penjawat awam termasuk tentera dan membaiki kerosakan kediaman sedia ada mulai tahun depan.

“Bagaimanapun jika ada dana berlebihan, pihak kerajaan akan segerakan langkah membaik pulih rumah tentera yang sangat memerlukan,” katanya yang turut menyampaikan sumbangan bagi kecemerlangan akademik SPM 2022 dan pesakit kronik. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This