Salah faham punca tikam lidah di stesen minyak, kata polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian pertelingkahan membabitkan sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak dekat Iskandar Puteri, Johor pada 8.37 malam, 16 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihaknya telah mengesan kejadian terbabit menerusi sebuah video tular di laman Twitter pada pagi tadi.

Beliau berkata, pengadu merupakan seorang lelaki tempatan berbangsa India berusia 44 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan.

“Semasa pengadu hendak mengisi minyak, sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura yang dinaiki oleh dua lelaki dipercayai warga asing telah berhenti untuk mengisi minyak di pam yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pengadu telah pergi ke pam untuk mengisi minyak, namun mendapati warga asing terbabit telah memegang tong di pam yang sama.

Rahmat berkata, berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak dan pertengkaran itu berjaya dileraikan oleh polis bantuan yang berada di lokasi kejadian.

Kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) dan pengadu tidak berminat untuk memanjangkan kes terbabit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Perluas peranan Petronas di Turkmenistan kukuh kedudukan Malaysia

KEJAYAAN memperluas peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam sektor tenaga di Turkmenistan membuka akses kepada antara rizab gas terbesar...

More Articles Like This