Pelantikan teraju PDRM baharu bukti Kerajaan Madani komited jaga kesejahteraan rakyat

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PELANTIKAN Ketua Polis Negara serta timbalannya yang baharu membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan amat komited dalam menjamin kesejahteraan dan keselamatan kepada masyarakat.

Pengerusi Biro Politik Dan Kepimpinan Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun berkata, pelantikan itu juga menunjukkan Kerajaan Madani melaksanakan anjakan tatakelola dalam pentadbiran negara.

Jelas beliau, pujian harus diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan  Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution di atas pelantikan tersebut.

“Pastinya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai  sebuah agensi penguat kuasa utama negara ini akan terus meningkat dan memantapkan usaha untuk membantu kerajaan memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh anggota masyarakat.

“Kami MPM tetap akan  bersama sama Kerajaan Madani serta pasti  menjadi mata dan telinga dan menghulur kan hubungan erat yang padu pada PDRM di bawah pimpinan baru kombinasi  mantap terbaru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga: Terpulang PDRM, SPRM untuk dedah identiti ahli politik lindungi judi

Shahbudin berkata, MPM turut mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Razarudin Husain yang menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani serta kepada Datuk Seri Ayob Khan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Katanya, Razarudin mempunyai pengalaman yang sangat luas dan sebelum ini pernah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak dua tahun selepas itu.  

Jelas Shahbudin, Razarudin kemudian dinaikkan pangkat ke Pesuruhjaya Polis dengan memegang jawatan sebagai Ketua Polis Perak. 

“Kemudian beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman selama setahun sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara mulai 2021.

“Sementara Ayob Khan pula pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Johor. 

“Kemudian pada 2022, beliau kembali ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah,” katanya.

Shahbudin menambah, MPM turut bertuah kerana dipimpin oleh Tun Hanif Omar dan dibantu oleh pasukan Jawatan Kuasa pemandunya termasuk Tan Sri Musa Hasan dan mereka berdua merupakan mantan Ketua Polis Negara yang telah menabur jasa besar pada negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This