Azizulhasni lonjak ranking dunia keirin, pecut

Dari Penulis

JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang mendapat suntikan semangat menjelang persiapan ke Sukan Olimpik 2024 Paris apabila kedudukannya melonjak ke ranking ketiga dunia acara keirin serta keenam bagi acara pecut.

Menerusi ranking terbaharu Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), ‘The Pocketrocketman’ meningkat daripada kedudukan ke-10 untuk menghuni tangga ketiga di belakang juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen di tempat pertama dan pelumba Australia, Matthew Richardson di posisi kedua acara keirin.

Bagi acara pecut, menyaksikan pelumba kelahiran Terengganu itu melonjak daripada kedudukan ke-19 untuk menghuni tangga keenam di belakang pelumba Jepun, Kaiya Ota di kedudukan keempat dan pelumba Israel, Mikhail Yakovlev di tangga kelima.

Ranking pertama dunia acara pecut kekal dengan Lavreysen (Belanda) mengungguli kedudukan tersebut diikuti Richardson (Australia) di tempat kedua dan Mateusz Rudyk (Poland) di posisi ketiga.

Baca artikel berkaitan: Mohd Azizulhasni juara keirin Asia, ulangi pencapaian emas berganda

Kedudukan terbaharu diraih pelumba berusia 35 tahun itu susulan prestasi cemerlangnya meraih emas berganda menerusi acara keirin dan pecut pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023, baru-baru ini.

“Syukur, alhamdulillah. Ranking dunia semasa saya telah naik beberapa anak tangga. Seperti gambar dikongsikan kepada semua, ranking dunia saya sekarang adalah Keirin – 3 manakala Individual Sprint – 6.

“Sedikit sebanyak ini memberikan suntikan semangat untuk beraksi di Kejohanan Dunia di Glasgow nanti dan juga langkah yang amat positif dalam proses kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 Paris,” kata Mohd Azizulhasni menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, hari ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This