Jalaluddin Hassan dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada saluran kencing – “Mohon maaf tak dapat bersama Campaktakjauh…,”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Datuk Jalaluddin Hassan dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini disebabkan jangkitan kuman pada saluran kencing.

Ujar Jalaluddin,69, sudah seminggu dia menahan sakit dan akhirnya akur untuk mendapatkan rawatan di hospital.

“Sebenarnya sejak minggu lalu saya dah rasa sakit pada bahagian pinggang. Pada mulanya, saya sekadar mendapatkan rawatan daripada anak saudara yang juga seorang doktor.

“Saya ingat dah baik sebab kencing pun dah tak rasa sakit seperti sebelum ini. Sebab itulah saya teruskan kerja untuk Mega Spontan 2023 dan kerja-kerja seni lain.

“Ahad lalu, penyakit saya ini datang kembali dan saya sudah tak mampu tanggung lagi. Saya terus buat keputusan untuk ke hospital,” katanya.

Sementara itu, Jalaluddin akui sikap terlalu ambil mudah sehingga menyebabkan penyakitnya melarat itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada pihak lain.

“Silap saya jugalah sebab tak ambil serius tentang sakit ini. Walaupun anak saudara dah minta untuk saya pergi hospital tapi saya tetap tak pergi.

“Saya beritahu pada anak saudara yang banyak kerja-kerja yang perlu saya selesaikan. Dia (anak saudara) sedikit kecewa sebab penyakit saya ini tak boleh dirawat dengan hanya makan ubat semata-mata,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Jalaluddin memberitahu kini kesihatannya semakin bertambah baik tapi masih perlu meneruskan rawatan lanjut.

“Sekarang ini saya baik-baik sahaja dan sudah diberikan ubat antibiotik. Saya kena teruskan rawatan susulan untuk memastikan tahap kesihatan saya berada dalam keadaan baik.

“Saya minta maaf tak dapat bersama dengan kumpulan Campaktakjauh di Mega Spontan 2023,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This