PERSONALITI media sosial, Aya Amiruddin seolah memberi ‘hint’ jika dia akan mengucapkan selamat tinggal kepada program Mega Spontan 2023 .
Aya dikatakan terpaksa menarik diri daripada rancangan realiti terbabit selepas diserang penyakit asma minggu lalu.
“Sejak minggu lalu lagi aku tak tahu apa jadi dengan aku ni. Aku tak tahu apa nak cakap tapi aku rasa macam dah menyusahkan semua orang.
“Aku rasa bersalah dan aku rasa dah tak boleh nak buat dah,” katanya menerusi video di Instagram story miliknya.
Malah, menerusi hantaran sama, Aya turut sebak kerana terkenangkan arwah ibunya yang akan sentiasa berada di sisi jika dia sakit.
“Aku rasa sebab…biasanya kalau kena asma, arwah mak aku ada. Jadi, bila dia dah tak ada ni, aku rasa macam benda tu beri kesan kepada macam-macam benda.
“Aku rasa macam ia beri kesan pada mental dan buat aku tertekan. Bila terpaksa tinggalkan ahli kumpulan, aku rasa serba salah sangat…rasa macam aku tak buat secukupnya,” luahnya.
Aya yang merupakan ahli kumpulan Srivijanda itu tidak dapat meneruskan minggu keenam Mega Spontan 2023 pada Jumaat lalu atas sebab masalah kesihatan.
Selain Aya, Srivijanda turut dibarisi oleh pelawak Ropie selaku ketua kumpulan, Mamak Puteh, Fadli Masoot, Apit Wan Lebo.
Mega Spontan disiarkan di Astro Warna (saluran 107), pukul 9 malm itu dihoskan oleh Sheryy Alhadad dan Amir Raja Lawak.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

