Razarudin mulakan tugas sebagai Ketua Polis Negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TAN Sri Razarudin Husain memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Polis Negara ke-14 di Bukit Aman, hari ini.

Kenderaan rasmi yang membawa beliau tiba di pintu masuk utama Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 8 pagi tadi.

Ketibaan Razarudin disambut Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin bersama barisan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara.

Beliau turut diberikan guard turn out sebaik tiba di pintu masuk utama tersebut.

Razarudin kemudiannya diiringi ke tingkat 31 Bukit Aman sebelum menandatangani dokumen memulakan tugas.

Seterusnya, majlis bacaan doa selamat diadakan di pejabatnya dipimpin Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Zakarim Abdullah @ Zakaria.

Razarudin mengambil alih tugas sebagai Ketua Polis Negara daripada Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu majlis di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) dengan disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, semalam.

Baca artikel berkaitan: Razarudin, Ayob Khan gandingan mantap terajui PDRM

Pada masa sama, majlis serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara daripada Razarudin kepada Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay turut diadakan.

Selain itu, upacara serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia diantara Puan Sri Zaitun Mohd Isa dengan Puan Sri Zainah Othman disaksikan isteri Saifuddin, Datin Seri Norhayati Musa.

Pada majlis itu juga, diadakan majlis serah terima tugas Naib Pengerusi PERKEP Malaysia antara Zainah dengan Puan Seri Zalina Mohd Ariffin.

Kelmarin, Saifuddin mengumumkan pelantikan Razarudin sebagai Ketua Polis Negara yang baharu manakala Ayob Khan yang juga Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sebagai timbalannya.

Pelantikan Razarudin secara kontrak selama dua tahun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This