PGA diarah tingkat rondaan di lokasi panas, pangkalan haram sepanjang Sungai Golok – Razarudin

Dari Penulis

PASUKAN Gerakan Am (PGA) diarah mempertingkat rondaan di lokasi panas dan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok susulan insiden tembakan dan letupan bom di wilayah negara jiran itu malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, beliau juga sudah mengarahkan setiap operatif PGA untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan kawalan di pos keselamatan di sepanjang Sungai Golok.

“Semua PGA sudah diarah mempertingkat rondaan di pangkalan haram dan kawasan ‘hotspot’ di sepanjang Sungai Golok bagi memastikan ia tidak dibolosi penjenayah.

“Kompeni komander juga diarah untuk memantau keselamatan pos dan petugas selama 24 jam,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Razarudin berkata, Briged Tenggara dan Polis Kelantan sentiasa memantau keadaan di wilayah Narathiwat dan kawalan ketat dikuatkuasakan serta-merta sehingga situasi selamat.

“Namun, setakat ini tiada rakyat Malaysia atau dari Kelantan yang terbabit dan cedera.

Baca artikel lain: Lelaki didakwa membunuh ibu diarah jalani pemeriksaan mental

“Difahamkan, kejadian letupan bom berlaku di hadapan stadium Pekan Sungai Golok dalam wilayah Narathiwat selepas waktu berbuka puasa iaitu kira-kira jam 6.25 petang (waktu Thailand),” katanya lagi.

Malam tadi, dua sukarelawan polis dilapor maut, manakala lapan lagi cedera dalam kejadian serangan bersenjata dan letupan bom di hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok.

Serangan berlaku kira-kira sejam selepas umat Islam di wilayah selatan Thailand itu berbuka puasa.

Jurucakap polis Sungai Golok berkata, insiden berlaku di sepanjang jalan Sungai Golok-Sungai Padi, berhampiran pasar raya Big C yang sering dikunjungi rakyat Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Alwiyah Talib umum keluar Bersatu, kembali bersama UMNO

PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib mengumumkan peletakan jawatan di dalam Bersatu dan keluar daripada parti...

More Articles Like This