GARA-GARA berseloroh meminta nombor telefon pelajar wanita sewaktu program ‘Temu Anwar’, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf secara terbuka.
Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz berkata, Anwar perlu meminta maaf untuk memberi contoh yang baik kepada semua lelaki lain.
Menurut Amira Aisya, ini kerana Perdana Menteri merupakan seseorang yang mempunyai kuasa dan kedudukan.
“Anwar perlu meminta maaf secara terbuka sebagai contoh yang baik kepada lelaki lain.
“Buat mereka faham bahawa kelakuan ini tidak baik. Terutama datang dari seseorang yang mempunyai kedudukan kuasa.
“Jika anda kagum dengan gadis itu, puji sahaja dia tanpa membuat komen yang mengganggunya,” katanya dalam ciapan di Twitter.
Mengulas lanjut, Amira Aisya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa menyifatkan sesuatu yang malang apabila kebanyakan lelaki berusia menganggap perkara tersebut hanyalah gurauan.
“Wanita melihat ini setiap hari dan kita sentiasa perlu menjelaskan setiap kali kita tidak tersenyum atau ketawa pada ‘gurauan’.
Baca artikel berkaitan: Tingkatan Enam tidak harus terikat dengan peraturan sekolah, perlu diberi ruang – PM
“Melihat DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) melakukan dalam skala yang lebih besar akan mengekalkan kepercayaan ini,” katanya.
Amira Aisya turut berkongsi laporan media Anwar berseloroh meminta nombor telefon daripada seorang pelajar tingkat enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Ampuan Durah, Adriana yang bertanyakan soalan dalam program ‘Temu Anwar Negeri Sembilan’ di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), semalam.
“Saya bangga dengan Adriana ini. Tingkatan enam pun bertanya soalan yang begitu kemas.
“Kalau saya muda saya dah minta nombor telefon,” seloroh Anwar yang memuji pelajar tersebut ketika bertanya soalan kepadanya.
Pelajar tersebut bertanyakan dua soalan iaitu sama ada Malaysia boleh menjadi negara dunia pertama dan mengenai kedudukan nilai ringgit.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

