POLIS mengesahkan telah menerima laporan membabitkan kemalangan dua buah kenderaan di Lebuhraya Sprint menghala ke Tol Damansara.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan sebuah video tular memaparkan kejadian kemalangan pada tengah malam tadi.
Video tak kabur di bawah ⬇️
Located in Stillwater, Minnesota, view all boats for sale by Tetzlaff Yacht Sales. Get in contact for more information about the boats, services & rhealin könyvei.
Beliau berkata, kemalangan pada pukul 7.10 malam semalam melibatkan sebuah Volvo bernombor pendaftaran VAH 5528 dan motosikal.
“Pemandu Volvo berusia 51 tahun telah membuat laporan polis dan keterangan telah diambil pada pukul 12.02 tengah hari tadi.
“Sementara usaha mengesan penungang motosikal masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, penunggang motosikal yang terlibat diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor R. Navalan di talian 014-2536820.
Sejak semalam tular sebuah rakaman video memaparkan aksi kereta Volvo melanggar belakang sebuah motosikal.
Satu hantaran di Facebook mengatakan pemilik kenderaan tersebut telah bertindak melarikan diri sejurus kemalangan berlaku.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram