SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi melaksanakan ibadah korban di seluruh negeri itu sempena Hari Raya Aidiladha.
Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam hantaran di Facebook, semalam.
Menurut Onn Hafiz, kurniaan itu telah diagihkan ke daerah dan agensi di seluruh negeri Johor.
Beliau berkata, daging-daging lembu itu kemudiannya akan diagihkan kepada golongan memerlukan.
“Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke bawah DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas perkenan mengurniakan 100 ekor lembu sempena Hari Raya Aidiladha 1444H ini.
Baca artikel berkaitan: Sultan Johor miliki nombor pendaftaran ‘FF1’ dengan harga RM1.2 juta
“Patik dan seluruh bangsa Johor mendoakan semoga DYMM Tuanku serta seluruh keluarga diraja Johor sentiasa dilindungi Allah SWT, dilimpahkan rahmat, kemuliaan serta dikurniakan kesihatan yang baik, dilanjutkan usia serta memerintah Johor dengan maju, makmur dan sejahtera,” katanya.
Onn Hafiz berharap semoga dengan kurniaan Sultan Johor itu sedikit sebanyak dapat menceriakan setiap penerima sempena Aidiladha ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

