Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun lalu adalah sah dan mematuhi peruntukan undang-undang kerana beliau masih merupakan anggota lembaga berkenaan yang dilantik secara individu.

Ketua Pengarah NFCC, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, Azam dilantik sebagai anggota Lembaga Penasihat NFCC bagi tempoh tiga tahun bermula 20 September 2024 hingga 19 September 2027.

Beliau berkata, pelantikan itu dibuat atas kapasiti individu dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Keanggotaan beliau dalam Lembaga Penasihat NFCC tidak terikat kepada jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sehubungan itu, keanggotaan beliau kekal berkuat kuasa sehingga tamat tempoh pelantikan, melainkan ditamatkan lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamshun Baharin berkata, justeru kehadiran Azam pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC yang diadakan pada 30 Jun lalu adalah selaras dengan peruntukan Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2024 (Akta 822).

Katanya, Azam masih merupakan anggota Lembaga Penasihat NFCC yang sah berdasarkan pelantikan yang sedang berkuat kuasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This