“Operasi terkawal” – Anwar lawat KLIA selepas kecoh isu menteri ‘serbu’ balai ketibaan

Dari Penulis

URUSAN dan pengoperasian Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah terkawal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan lawatan mengejut ke pintu masuk utama negara itu, hari ini.

Dalam tinjauan itu bagi melihat sendiri keadaan petugas JKDM dan JIM susulan satu insiden yang melibatkan orang kenamaan di KLIA baru-baru ini, Anwar berkata terdapat beberapa permasalahan di kedua-dua jabatan itu, yang akan disusuli dengan siasatan bagi penambahbaikan dan tindakan wajar.

“Ada beberapa kerosakan Kastam yang harus kita perbaiki. Umumnya majoriti pekerja dan petugas Imigresen berjalan dengan baik. Cuma ada beberapa masalah, kita adakan siasatan untuk perbaiki atau kalau ada kesilapan, akan diambil tindakan wajar,” katanya.

Tanpa diringi menteri Kabinet atau orang kenamaan, Anwar mengadakan lawatan mengejut kira-kira 30 minit di KLIA itu, sebelum menyertai upacara keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke tanah air, selepas menunaikan ibadah haji di Kompleks Bunga Raya, KLIA di Sepang.

Anwar berkata beliau akan meneliti langkah-langkah penambahbaikan yang telah diambil dan harus dilakukan.

BERITA BERKAITAN ‘Kehadiran saya bongkar budaya rasuah’, King Sing akui kekecohan KLIA

“Setakat ini saya lihat memang Imigresen respons sangat baik dan positif.  Yang kita harus kenal pasti ialah beberapa kelompok kecil yang masih tidak mampu bawa perubahan, termasuk berdepan dengan beberapa pertuduhan,” katanya.

Anwar berkata perbincangan awal berhubung JKDM dan JIM akan dilakukan dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Sebuah portal berita pada 29 Jun lepas melaporkan mengenai kekecohan di KLIA melibatkan orang kenamaan, dikatakan cuba ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila orang kenamaan berkenaan dikatakan masuk ke ruang balai ketibaan itu, tanpa memohon pas keselamatan.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai insiden itu, merangkumi semua aspek berkaitan.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This