SEORANG wanita berjaya diselamatkan bomba selepas terpaksa memanjat bumbung kereta akibat terperangkap dalam banjir kilat.
Video wanita itu tular di media sosial beberapa hari lalu itu dilapor berlaku di Zaragoza, Sepanyol pada Jumaat.
Menerusi video tersebut dapat dilihat wanita itu berada di atas bumbung sebuah kereta berwarna merah dalam usaha menyelamatkan diri daripada dibawa arus banjir.
Malah dalam video terbabit turut kelihat seorang lelaki berada di atas bumbung kenderaan sementara seorang lelaki lagi dipercayai anggota bomba berdiri berhampiran tiang jalan.
Anggota bomba yang lengkap berpakaian dengan peralatan perlindungan itu kelihatan memberi isyarat kepada anggota penyelamat lain untuk membantu wanita yang terkandas di atas bumbung kereta itu.
Tidak lama kemudian kelihatan sebuah trak bomba datang ke arah kereta wanita terbabit sebelum dua orang anggota bomba bertindak membantu menyelamatkan wanita itu.
Memetik laporan Deadline News, tidak dapat dipastikan berapa lama wanita itu terperangkap dalam arus banjir sebelum diselamatkan oleh bomba.
Menerusi laporan media tempatan, ramai pemandu yang terkandas selepas jalan di bandar itu ditenggelami air sehingga ada di antaranya terpaksa memanjat pokok untuk menyelamatkan diri
Difahamkan, pasukan penyelamat telah dikerahkan ke lokasi dan membantu penduduk yang terperangkap dalam banjir selain bertindak mengawal keadaan.
Polis Zaragoza memaklumkan telah memberi amaran kepada penduduk untuk mengelakkan diri daripada melakukan sebarang perjalanan dan tidak memandu di kawasan berpotensi banjir.
Difahamkan, Parque Venecia adalah salah sebuah kawasan yang terjejas teruk akibat banjir itu.
Pihak berkuasa memaklumkan tiada sebarang kematian atau kehilangan individu direkodkan meskipun berlaku kerosakan harta benda yang besar dalam bencana ini.
Datuk Bandar Zaragoza, Natalia Chueca berkata, sebanyak 20 liter hujan setiap meter persegi direkodkan dalam tempoh 10 minit.
“Dalam masa sejam, ia mampu mencapai 56 liter hujan setiap meter persegi.
“Ribut yang melanda daerah ini telah membawa kepada banjir di kawasan Parque Venecia,” ujarnya.
Tegasnya, matlamat bandar itu adalah untuk kembali pulih seperti sedia kala secepat yang mungkin.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

