DUNIA semakin canggih dengan pelbagai kemudahan yang ada pada masa kini. Tambahan, dengan adanya telefon pintar, semuanya hanya di hujung jari sahaja. Seiring dengan kecanggihan media, kemudahan aplikasi seperti servis perkhidmatan penghantaran makanan memudahkan orang ramai memesan makanan tanpa perlu ke restoran tetapi hanya perlu ‘klik’ dan bayar.
Sejajar dengan pertambahan kenderaan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas, perkhidmatan penghantaran makanan seperti foodpanda, grabfood dan sebagainya juga kini semakin meningkat kerana sesetengah masyarakat tidak gemar untuk keluar rumah dengan keadaan yang bersesak dan mengambil inisiatif untuk memesan secara online.
Justeru, jumlah penghantar makanan atau ‘rider’ ini semakin bertambah, namun apa yang menjadi kegusaran oleh masyarakat ialah penghantar makanan ini kelihatan seperti semakin biadap ketika berada di atas jalan raya.
Sesetengah daripada mereka menunggang motosikal dengan laju demi memenuhi pesanan pelanggan mereka sehingga melanggar lampu isyarat untuk cepat sampai ke destinasi. Mereka bersaing untuk mendapatkan pesanan sebanyak mungkin kerana upah yang dibayar mengikut trip atau bilangan pesanan yang diterima.
Apa yang menjadi kemarahan pengguna jalan raya ialah,mereka hanya mementingkan diri sendiri hingga menyebabkan kemalangan yang melibatkan orang lain. Lebih serius lagi, sesetengah masyarakat menunding jari kepada kenderaan yang lain walaupun kemalangan tersebut akibat dari kecuaian penghantar makanan itu sendiri.
Menurut berita dari sebuah portal, pada tahun 2020 seramai 17’rider’ penghantar makanan maut dalam kemalangan semasa penghantar makanan
Tidak dinafikan bahawa kerja penghantaran makanan ini bukanlah mudah kepada penunggang kerana mereka perlu menghantar makanan dengan kadar segera tanpa mengambil kira keadaan jalan raya tersebut lengang atau berada di waktu puncak seperti waktu pagi dan balik kerja.
Risiko bahaya yang berkaitan dengan perkhidmatan tersebut sangat tinggi kerana mereka kerap menunggang di atas jalan dari pagi hingga malam. Tambahan, ada yang mengalami tekanan untuk memenuhi pesanan yang banyak dan mungkin terpaksa menunggang secara laju.
Kebanyakan mereka ini tidak peduli dengan peraturan jalan raya dan bertindak melulu sehingga menggadaikan nyawa mereka demi mendapat keuntungan daripada pesanan mereka.Akibat daripada tingkah laku sedemikian boleh mengundang kemarahan pengguna jalan raya yang tidak bersalah.
Penulis berharap agar syarikat penghantar makanan ini bertanggungjawab ke atas tindakan penunggang mereka dan memastikan mereka terlatih dan dilengkapi dengan betul untuk mengendalikan pekerjaan mereka dengan selamat. Selain itu, peraturan yang lebih ketat mesti dilaksanakan untuk mengelakkan kemalangan seperti itu berulang.
Kesimpulannya, kemalangan berita yang melibatkan penghantar makanan ini telah menyebabkan masalah besar kepada orang ramai dan perlu diubah untuk keselamatan orang ramai dan juga penghantar makanan itu sendiri. Penting bagi syarikat besar penghantar makanan dan pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk mengelakkan kejadian ini daripada berlaku pada masa hadapan.
- – ARTIKEL sumbangan pelajar komunikasi USIM, Fatin Najihah Yusoff bersama pensyarah, Dr Muhammad Raqib Mohd Sofian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

