GENAP seminggu melahirkan bayi sulung, penyanyi, Wany Hasrita dan suami sepakat memilih nama Aishah Al Iman buat anak perempuan mereka.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah,30, meluahkan rasa sebak ketika rambut anaknya dicukur.
“Aishah Al Iman Binti Mohd Al-Adib Fahmi, genap tujuh hari dah. Alhamdulillah, pagi tadi siap cukur rambut dia, itu pun ibu tengok ibu dah sebak.
“Ibu tangkap banyak-banyak gambar dia sebelum cukur tadi, padahal tumbuh saja balik nanti,” tulisnya di Instagram.
Pada masa sama, Wany turut memohon doa orang ramai agar Aishah menjadi anak solehah, lembut hati. cergas monda dan baik bui pekerti.
“Sebab kita tak buat majlis (cukur rambut), kita ‘throwback’ gambar masa ibu nak ‘discharge’ hospital hari itu.
“Muka ada senyum tapi dalam hati sedih Aishah kena tinggal ‘nursery’ satu malam sebab (penyakit) kuning,” katanya.
Wany bersalin secara normal pada 8 Julai lalu.
Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan Mohd Al-Adib Fahmi pada 22 Julai tahun lalu.

