Fadlan Hazim kini suami kepada wanita Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova

Dari Penulis

PELAKON Fadlan Hazim, 31, dengan sekali lafaz selamat bergelar suami kepada wanita kelahiran Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova, 29, di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pukul 10.27 pagi hari ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Fairudz Saderi yang berwalikan hakim.

Pada majlis pernikahan itu, Aiya menerima mas kahwin sebentuk cincin emas berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Keluarga pihak pengantin perempuan tidak dapat hadir pada majlis pernikahan tersebut sebaliknya akan berada di majlis resepsi mereka pada Oktober depan.

Terdahulu, Fadlan dan isterinya difahamkan menjalin hubungan percintaan secara serius sejak April tahun lalu.

Pasangan sejoli ini juga bertunang pada Oktober tahun lalu selepas Fadlan terbang ke Kazakhstan untuk bertemu keluarga mentuanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This