SEJAK terbabit dalam bidang ternakan lembu dan kambing beberapa bulan lalu, Datuk Jamal Abdillah akui pasaran perniagaan itu cukup meluas untuk jaminan masa hadapan.
Ujar Jamal ketika dihubungi URTV, bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang penternakan, dia dan isteri, Datin Zai Izzati telah mengikuti kursus selama dua hari di Kuala Selangor pada hujung minggu baru-baru ini.
“Sebenarnya saya nak ‘push’ isteri saya untuk perniagaan ternakan ini sebab dia pun berminat.
“Jadi saya dan isteri menghadiri kursus yang dianjurkan oleh MJ Fatonah untuk tambah ilmu pengetahuan.
“Banyak pengisian yang baik kami peroleh antaranya macam mana nak buat ramuan-ramuan makanan yang boleh menjimatkan serta apa makanan yang tidak boleh diberikan kepada lembu, ayam dan kambing.
“Selain itu, kami juga diajar untuk cara-cara merawat ternakan,” katanya kepada URTV.

Dalam pada itu, penyanyi Kekasih Awal dan Akhir menyifatkan bidang penternakan mampu dijadikan prospek perniagaan masa hadapan yang sangat cerah.
“Kerajaaan kita pun ada menguar-uarkan keterbalikan makanan perlu kerana negara kita sejak kebelakangan ini ada saja tak cukup (barangan basah).
“Jadi, ini adalah salah satu usaha saya. Sekurang-kurangnya dapat sahut saranan kerajaan.
“Setiap kali perayaan hari raya Aidiladha, bekalan tak cukup sebenarnya untuk penternak jadi salah satu saya punya target akak datang ialah untuk menternak.
“Tapi buat masa ini, saya dan isteri cari pengalaman dulu…kami lebih pada transit bukan menternak,” jelasnya.

Jamal turut menyarankan mana-mana usahawan untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh MJ Fatonah.
“Nasihat saya pada usahawan untuk cuba layari TikTok dan Facebook MJ Fatonah Sdn. Bhd yang menyediakan kursus selama dua hari.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar MJ Fatonah kerana menganjurkan kursus ini. Sekurangnya dapat ilmu dan kepada mereka yang berminat, silakan hubungi mereka.
“Untuk saya secara peribadi, syukur Alhamdulillah kerana ada jugalah terapi minda untuk saya. Minat saya dengan kegiatan begini disamping mencari rezeki untuk keluarga,” ujarnya.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

