Cabaran #KotexRiseUp uji mental dan fizikal peserta. Bantu capai potensi penuh diri

Dari Penulis

‘Period or Not, She Can’, kata-kata yang mampu menjadi pemangkin semangat kepada wanita masa kini. Membawakan cabaran #KotexRiseUp bersama 60 barisan wanita hebat daripada pengamal media, pempengaruh dan pemenang cabaran, Kotex membawa peserta menyahut cabaran dan mendepani ketakutan bagi mencapai potensi penuh diri.

Kempen yang berlangsung selama dua hari di Tadom Hill, Banting ini menyaksikan peserta mengatasi ketakutan dalam diri dan sekaligus membantu meningkatkan keyakinan. Bukan mudah, namun kerjasama dan keterbukaan dalam membina hubungan dengan orang baru membuka laluan yang lebih mudah.

Siapa sangka orang yang gayat juga mampu untuk melakukan ‘flying fox’ setinggi 160 meter. Malah yang tidak pandai berenang juga sanggup terjun ke dalam tasik sedalam 50 meter bagi melangsaikan tugasan yang diberikan. (Pastinya aspek keselamatan diutamakan, jangan risau).

Tangisan, jeritan dan kata-kata semangat sentiasa memenuhi dua hari cabaran #KotexRiseUp, walaupun menguji mental dan emosi, ia berjaya merungkai potensi baru dalam hidup.

Menurut Pengurus Jenama Kotex Malaysia, Michelle Chin seiring dengan pelancaran Kotex Total Protection Overnight, cabaran ini sebagai simbolik kepada keselesaan dalam keadaan yang mencabar.

“Haid seringkali dikaitkan dengan ketidakselesaan dan mengehadkan pergerakan wanita. Dan aktiviti ini direka khusus untuk memberikan motivasi kepada peserta untuk menghentikan stigma haid dan terokai sepenuhnya kehidupan tanpa sebarang keraguan.

“Dan ia seiring dengan pelancaran Kotex Total Protection Overnight di mana teknologi Rise Up Back Guard yang diperkenalkan dalam siri ini membantu wanita yang sedang datang haid untuk tidur lebih selesa sekaligus mempunyai tidur yang lebih berkualiti. Kami berani memberikan jaminan bahawa ia 100 peratus anti bocor,” jelasnya.

Terdahulu, Cabaran #KotexRiseUp turut menyaksikan Farah Ann Abdul Hadi dan Dr Shazril Shaharuddin berkongsi kisah inspirasi dan bagaimana mengatasi stigma negatif masyarakat terhadap haid.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This