DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu segera melaksanakan penambahbaikan Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dokumen itu hendaklah diwartakan sebelum penghujung tahun ini.
“Saya telah mempengerusikan taklimat bagi mendengar dan meneliti laporan sesi libat urus pindaan Draf PSKL 2040 bersama Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL pada 17 Julai 2023.
“Saya mengambil maklum bahawa berdasarkan perlanjutan sesi libat urus yang diadakan bermula pada 18 hingga 26 Mei 2023 yang lalu, pihak DBKL telah menerima sebanyak 639 pandangan daripada 425 peserta yang hadir dalam sesi libat urus tersebut.
“Secara dasarnya, saya berpuas hati dengan laporan sesi libat urus yang dibentangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca juga: Tiada menteri Kerajaan Perpaduan menyalahi tata kelola, tadbir urus – PM
Mengulas lanjut, Anwar berkata, DBKL perlu memberi tumpuan mengekalkan kawasan rizab hutan dan kawasan lapang bagi memastikan matlamat menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya hijau, sihat dan rancak tercapai.
Jelas Anwar, beliau juga bersetuju supaya perumahan mampu milik diperluaskan bagi menampung permintaan terhadap jenis perumahan tersebut oleh warga kota Kuala Lumpur.
Katanya, cadangan itu sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan perumahan mampu milik melalui konsep Kejiranan MADANI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Kerajaan amat komited bagi memastikan penyediaan PSKL 2040 ini adalah komprehensif dan bersifat inklusif untuk rakyat selaras dengan visi Kuala Lumpur, Bandar untuk Semua,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

