Sanusi sah ditahan 2.30 pagi tadi di Mont Kiara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sah ditahan, awal pagi tadi untuk dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Hasutan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Menurut Razarudin, Muhammad Sanusi telah ditahan pada pukul 2.30 pagi tadi oleh pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Beliau berkata, tiada rampasan dibuat dengan peguam Muhammad Sanusi sedia maklum bahawa Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) akan didakwa di Mahkamah Selayang hari ini.

Pada masa sama, Razarudin memaklumkan Muhammad Sanusi akan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 kerana perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja (Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor).

“Kesalahan dilakukan pada 11 Julai lalu jam 11 malam bertempat di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara – Kampung Bendahara, di dalam Daerah Gombak.

“Beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Spekulasi bakal didakwa, Sanusi kata belum ada maklumat

Terdahulu, tular beberapa keping gambar dan video penahanan Muhammad Sanusi dalam media sosial.

Semalam, media melaporkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini.

Beliau dipercayai akan didakwa sekurang-kurangnya atas dua pertuduhan ekoran kenyataan yang didakwa menghina Sultan Selangor, baru-baru ini.

Berdasarkan carian menerusi laman e-filing mahkamah, pendakwaan terhadap Muhammad Sanusi ditetapkan pada pukul 9 pagi secara berasingan di Mahkamah Sesyen Satu dan Dua Selayang masing-masing di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin serta Osman Affendi Mohd Shalleh.

Sabtu lalu, Muhammad Sanusi memohon ampun dan maaf kepada Sultan Selangor berhubung kenyataan beliau yang didakwa memperlekehkan baginda berhubung pemilihan Menteri Besar.

Melalui kenyataan bertajuk ‘Apa gunanya Menangguk di Air Nan Keroh’, Sanusi berkata, beliau mengutuskan warkah kepada Sultan Selangor bagi menjelaskan konteks ucapannya.

Dalam ucapannya yang tular, Muhammad Sanusi dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor.

Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis termasuk yang menyifatkan menghina institusi beraja di Selangor.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kenyataan dimuat naik Facebook rasmi Selangor Royal Office bertitah bahawa isu melibatkan Muhammad Sanusi masih belum selesai walaupun telah menghantar warkah memohon ampun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iran hargai pendirian konsisten Malaysia sokong perjuangan umat Islam

IRAN menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian yang konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam. Penghargaan itu dinyatakan...

More Articles Like This