Sultan Selangor berkenan terima permohonan ampun, nasihat Sanusi jaga tutur kata

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, hari ini. 

Perkara itu dizahirkan Sultan Sharafuddin dalam surat dikeluarkan Istana Alam Shah, Klang dan diutuskan kepada Muhammad Sanusi serta turut dimuat naik ke Facebook Selangor Royal Office.

Sultan Sharafuddin bertitah telah mempertimbangkan permohonan ampun Muhammad Sanusi itu atas dasar ukhwah sesama Islam serta bangsa Melayu. 

Baginda bertitah tidak mahu umat Islam sentiasa bermusuhan antara satu sama lain dan hendaklah sentiasa memaafkan sekiranya yang memohon maaf itu ikhlas dalam permohonan maafnya. 

Pada masa sama, Sultan Selangor turut menasihati Muhammad Sanusi supaya sentiasa menjaga tutur kata serta tatasusila. 

Titah Sultan Sharafuddin, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) tidak perlu terlalu beremosi dan menggunakan perkataan-perkataan yang tidak baik dalam memberi syarahan terutama apabila berada di negeri Selangor. 

“Beta tidak mahu rakyat khususnya di negeri Selangor terpengaruh dan terbiasa mendengar kata-kata yang kesat dan tohmahan yang tidak berasas terutama sekali daripada golongan pemimpin. 

“Kelakuan dan tutur kata yang baik ini amatlah penting untuk masa depan karier politik Datuk Seri. 

“Sebagai seorang pemimpin, Datuk Seri harus memikirkan kesan yang akan diperolehi dari setiap tindak-tanduk yang telah dilakukan. 

“Akhir sekali, Beta berharap semoga Datuk Seri akan terus berjaya dan dipermudahkan di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab,” titah Sultan Selangor dalam kenyataan itu. 

Terdahulu, Selangor Royal Office dalam hantaran di Facebook memaklumkan, Sultan Sharafuddin telah pun disembah maklum dengan surat permohonan maaf daripada Muhammad Sanusi. 

Surat permohonan ampun dan maaf bertarikh semalam itu antaranya permohonan ampun atas kenyataan yang telah dipertuduhkan terhadap beliau di mahkamah yang dianggap menghina dan tidak menghormati Sultan Selangor. 

Semalam, media melaporkan Muhammad Sanusi sekali lagi mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Sharafuddin. 

Ia berhubung kenyataannya yang didakwa mempertikaikan kewibawaan institusi kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar negeri itu. 

Itu adalah permohonan maaf kedua oleh Menteri Besar Kedah itu kepada Sultan Selangor selepas kali pertama pada 14 Julai tahun lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This