Naimi terharu dapat respons positif, pengalaman terbaik bersama Search

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PEMAIN dram remaja, Naimi Daini yang diundang untuk membuat persembahan bersama kumpulan rock terkenal, Search pada konsert NusaFest di ibu negara baru-baru ini, terharu dengan komen positif yang diterimanya.

Jelas Naimi, dia tidak menyangka kemunculan pertamanya itu mendapat respons yang baik daripada peminat band legenda negara itu.

“Syukur Alhamdulillah ramai yang bagi maklum balas positif walaupun saya hanyalah pemain dram undangan Search.

“Selama ini saya tak pernah terfikir dapat satu pentas dan bermain muzik dengan Search. Memang saya sangat gembira dapat bersama Search lebih-lebih lagi bila uncle Amy memuji saya ada persamaan dengan pemain drama sebelum ini iaitu Allahyaham Yazit.

“Ia pengalaman terbaik buat saya. Tetapi apa-apa pun masih banyak yang perlu saya belajar mengenai lagu-lagu Search,” katanya kpeada URTV yang mula bermain dram sejak berusia sembilan tahun.

Naimi ditemui pada majlis pelancaran Konsert Hausboom Music 2023 di ibu negara, baru-baru ini.

Dedah Naimi, pemain gitar Search iaitu Hillary Ang adalah insan yang pertama melihat bakatnya seterusnya mempelawa dirinya untuk berkerjasama dengan kumpulan itu.

“Daddy Hillary pada mula melihat bakat saya menerusi video di Youtube. Dia terus menghubungi saya dan bertanya sama ada berminat untuk bermain dengan Search.

“Saya perlu dua buah lagu iaitu Pelesit Kota dan Dairi Habil & Qabil untuk sesi uji bakat. Walaupun saya tak pernah dengar lagu-lagu tu, tapi saya tetap buat yang terbaik dan bermain dram seperti biasa,” jelasnya.

Naimi yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, akan menjalani sesi latihan bersama Search pada waktu petang selepas pulang dari sekolah.

Malah, dia juga menyimpan impian untuk menyambung pelajaran dalam bidang muzik apabila tamat persekolahan kelak.

“Lepas balik dari sekolah, saya akan rehat satu jam sebelum sertai sesi latihan bersama Search setiap hari.

“Apa-apa pun saya tetap utamakan pelajaran dan akan ambil jurusan muzik selain akan menjadikan bidang itu sebagai kerjaya saya nanti,” katanya.

Sidang media tersebut turut di hadiir Amy, Nasir Daud selaku pemain gitar bass, Hillary Ang (gitar) dan Man Kidal (gitar).

Konsert Hausboom Music 2023 itu bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 9 dan 10 September.

Naimi sekali lagi akan turut beraksi bersama Search pada pentas konsert tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Charli xcx ‘tawan’ Bukit Bintang, Nothing bawa kempen global

Di kawasan tumpuan ramai pelancong, Bukit Bintang tampil dengan wajah berbeza minggu ini apabila jenama telefon pintar dan audio...

More Articles Like This