Konsert Jelajah Rockology gabungan Awie & Search Kid Din dijangka bakal kembalikan kegemilangan muzik rock

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

INDUSTRI hiburan tanah air mencatat satu lagi pencapaian penting dengan pelancaran rasmi RPM Group of Companies, yang menaungi tiga entiti dinamik dalam dunia seni iaitu Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd, RPM Events Sdn. Bhd dan RPM Label Sdn. Bhd.

Menurut Datuk Eddy Amir Salim, Pengarah RPM Group of Companies, penubuhan RPM Group of Companies bukan sekadar gabungan syarikat, tetapi satu gerakan untuk memperkukuh industri hiburan Malaysia dengan pendekatan yang lebih profesional, tersusun dan berimpak tinggi.

“Dengan adanya Rumah Produksi Merah, RPM Events dan RPM Labels di bawah satu bumbung, kami percaya sinergi ini akan menghasilkan karya-karya yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi nilai kepada masyarakat dan negara,” katanya kepada URTV.

Pelancaran ini turut menyaksikan pengenalan Rockology Concert Tour 2025, sebuah jelajah konsert berskala nasional anjuran penuh oleh RPM Events Sdn. Bhd., yang bertujuan mengangkat semula kegemilangan muzik rock Malaysia.

Konsert jelajah itu bakal menampilkan dua nama besar dalam industri muzik rock tanah air, iaitu Datuk Awie dan Search Kid Din, dalam satu pentas penuh nostalgia dan tenaga.

Menurut Awie, dia menerima pelawaan untuk terlibat dalam Rockology Concert Tour 2025 kerana percaya pada misi dan semangat di sebalik jelajah berkenaan.

“Ia bukan sekadar konsert biasa, tetapi ini adalah satu gerakan untuk menghidupkan semula jiwa rock tanah air. Sebahagian dana atau keuntungan yang diperoleh daripada konsert ini akan disalurkan kepada program CSR kami yang seterusnya, iaitu Konsert Wings Dalam Penjara, sebuah projek khas untuk menyantuni komuniti yang memerlukan perhatian dan sokongan pemulihan.

“Ini adalah cara kami untuk memberi kembali kepada masyarakat, terutama mereka yang telah tersisih daripada dunia luar,” ujarnya.

Sementara itu, Eddy turut menyatakan komitmennya terhadap projek ini, “Penubuhan RPM Group of Companies adalah langkah penting dalam menyatukan kepakaran kami dalam pelbagai cabang industri hiburan.

“Rockology Concert Tour 2025 adalah permulaan kepada misi kami untuk membawa semula semangat rock tempatan ke tahap yang lebih profesional, tersusun dan mampan.

“Kami amat mengalu-alukan mana-mana penaja atau rakan strategik untuk turut serta dalam menjayakan konsert ini, bukan sahaja sebagai platform muzik, tetapi sebagai gerakan budaya dan sosial,” ulasnya.

Rockology Concert Tour 2025 akan berlangsung di dua buah negeri iaitu Midtown Perda, Pulau Pinang pada 21 Jun 2025 bagi North Chapter dan EduCity Sports Complex, Johor Bahru pada 5 Julai 2025 bagi South Chapter.

Jelajah ini dijangka menarik sehingga 15,000 peminat muzik rock dari seluruh Malaysia serta Singapura. 

Tiket untuk Rockology Concert Tour 2025 – North Chapter telah mula dijual di laman web https://rpm.ubertickets.asia/ dengan harga mampu milik bermula serendah RM98.

Bagaimanapun, bagi tiket Rockology Concert Tour 2025 – South Chapter pula akan diumumkan dari semasa ke semasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This