LIMA lelaki ditahan selepas bertindak menyerang dua pekerja pembersihan dengan menggunakan busur dan anak panah di Jalan Borong Jambu, Makassar dekat Sulawesi Selatan.
Ketua Polis Manggala, Komisioner Syamsuardi berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 6 Julai lalu sebelum suspek berjaya ditahan pagi kelmarin.
Video penuh kejadian di bawah ⬇️
Post by @utusantvView on Threads
Beliau berkata, suspek dikenali sebagai Farhan 18, Sulkifli 19 dan tiga lagi dibawah umur iaitu AS 16, SO 14 serta MB 16.
“Kelima-lima suspek ini telah ditahan kerana dipercayai menyerang mangsa yang sedang bekerja sehingga cedera di paha dan punggung.
“Suspek mendakwa motif kejadian adalah untuk membalas dendam tetapi telah salah sasaran,” katanya memetik laporan Detik.com.
Jelasnya, turut disita puluhan busur dan anak panah yang disembunyikan suspek di dalam beg.
Katanya, siasatan yang dilakukan mendapati setiap suspek mempunyai peranan yang berbeza dalam serangan terbabit.
“AS dan Farhan bertindak sebagai penyerang utama sementara tiga lain membantu dalam aksi serangan itu,” ujarnya.
Syamsuardi berkata, kesemua suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Manggala bagi siasatan lanjut dan seorang lagi suspek bebas masih diburu.
“Kami akan meneruskan proses perundangan ke mahkamah memandangkan kes ini mendapati perhatian ramai,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

