SEORANG lelaki dilaporkan maut manakala 41 lagi cedera dalam kejadian dipercayai letupan gas bawah tanah di bandar Johannesburg, Afrika Selatan pada petang Rabu.
Jurucakap Perkhidmatan Pengurusan Kecemasan Johannesburg, Robert Mulaudzi dalam ciapan di Twitter memaklumkan mayat mangsa ditemui ketika operasi dijalankan di kawasan letupan pada malam kejadian.
Punca letupan terbabit masih belum diketahui, tetapi ramai mendakwa kejadian disebabkan berlaku kebocoran gas bawah tanah.
Bagaimanapun syarikat pembekal gas Johannesburg, Egoli gas dalam satu kenyataan menafikan dakwaan itu dan mengatakan bahawa paip gas bawah tanah miliknya tidak terlibat dalam letupan itu.
Menurut Primier Gauteng, Panyaza Lesufi, pakar-pakar telah dipanggil bagi menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada wujud kebarangkalian paip atau kabel bawah tanah mendatangkan ancaman letupan sekali lagi.
“Kami masih mencari sumber letupan.
“Sehingga kini seramai 12 orang menerima rawatan di hospital manakala 36 lagi yang cedera telah dibenarkan pulang,” katanya memetik laporan Al-Jazeera.
Katanya, beberapa penduduk sekitar kejadian juga telah dipindahkan dari kawasan tersebut kerana khuatir akan berlaku letupan kedua.
“Bangunan-bangunan juga berpotensi untuk runtuh. Radius kerosakan juga luas,” ujarnya.
Difahamkan, pihak berkuasa menganggarkan sekurang-kurangnya lima blok bangunan, enam jalan dan 34 buah kenderan rosak akibat letupan itu.
Seorang saksi kejadian memaklumkan, beliau mendengar bunyi yang kuat sebelum kereta yang dinaiki melambung ke udara dan terbalik.
Jelas saksi itu, dia tidak mengalami kecederaan dan mendapati terdapat kepulan asap keluar dari celah jalan sebelum melihat orang ramai berlari menyelamatkan diri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

