Hausboom Music 2023 sedia gegar Litar Sepang, himpun 35 penghibur ternama!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

UNTUK mengekalkan dan konsisten dengan sesuatu yang telah dicipta adalah tidak mudah. Namun bagi jenama terkenal Hausboom, percubaan untuk menghidupkan sebuah pesta yang diberi nama Hausboom Music sejak enam tahun lalu ternyata berjaya.

Pertama kali diperkenalkan pada 2018, konsert Hausboom Music 2023 bakal berlangsung buat kali ketiga dengan sebuah konsep yang lebih hebat dan dibarisi penghibur serta pemuzik yang lebih mantap.

Bukan ‘kaleng-kaleng’, konsert Hausboom Music 2023 akan dibarisi seramai 35 penghibur daripada pelbagai genre dengan satu misi iaitu untuk memberi hiburan maksimum dan berkualiti kepada pengunjung.

Melihat barisan penghibur dan para pemuzik yang terlibat, pastinya semua peminat tidak mahu melepaskan peluang untuk ikut serta berpesta di konsert yang dijadualkan berlangsung pada 9 dan 10 September depan.

Barisan penghibur yang bakal menggegarkan pentas konsert Hausboom Music 2023 adalah legenda seperti kumpulan Search, Ratu Rock Ella, Maestro Datuk M. Nasir diikuti Joe Flizzow, Hujan, Exists, Spider, Bunkface dan SonaOne.

Nama-nama seperti SOG, Masdo, Alif Satar & The Locos, Dolla, Baby Shima, Iamneeta, Toko Kilat, 53 STU, Salam Muzik, Budak Nakal Hujung Simpang, Iqbal M, Insomniacks, Midnight Fusic, Gerhana Ska Cinta dan Grey Sky Morning pula terus menambah hype konsert ini.

Selain itu, pemuzik dari Indonesia, Hyndia akan menjadi wakil dari republik tersebut manakala Alyph & Akeem Jahat, dua nama kelahiran Singapura yang tidak asing dalam genre hip hop bakal beraksi juga di konsert Hausboom Music 2023.

Tidak dilupakan ikut serta dalam konsert Hausboom Music ini adalah Naratu, No Good, Orkes Hizaidin, Chronicalz, Shila Amzah, Forceparkbois, Luqman Podolski dan GARD WUZGUT akan menarik penonton tersendiri.

“Kami di Hausboom berbangga dan bersyukur kerana konsert Hausboom Music yang diperkenalkan buat pertama kali pada 2018 kini memasuki siri yang ketiga untuk tahun ini.

“Apa lagi Hausboom Music memang popular dan terkenal sebagai pelopor yang menggabungkan variasi genre seperti Rock, Dangdut, R&B, Hip-Hop misalnya dalam sebuah penganjuran konsert.

“Lebih mengujakan, penganjuran kali ini membabitkan barisan penghibur yang lebih besdan datang bukan sahaja daripada Malaysia tetapi negara jiran kita Singapura serta Indonesia.

“Dengan menghimpunkan 35 penghibur berbeza latar muzik di dalam sebuah acara, objektif utama Hausboom adalah untuk terus menghidupkan dan menyemarakkan ekonomi industri hiburan negara.

“Pada masa yang sama, Hausboom ingin terus meraikan dan menyokong pemuzik lokal untuk terus aktif serta memberi peminat hiburan yang berkualiti, terbaik serta berbaloi buat semua dengan kehadiran penghibur daripada Indonesia dan Singapura juga,” ujar Azri Zahier Azmi yang juga dikenali sebagai “John Lemon” yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom.

Penganjuran konsert kali ketiga ini merupakan kolaborasi bersama AFFIN dan konsert Hausboom Music 2023 ini juga bakal melakar sejarah sebagai konsert lokal terbesar yang pernah dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC – Sepang International Circuit).

“Dengan barisan 35 pemuzik dan pemilihan SIC sebagai lokasi kami mensasarkan menarik sekitar 15,000 penonton hadir pada dua hari penganjuran konsert iaitu 9 dan 10 September 2023.

“Dan kami yakin harga tiket yang dikenakan kepada semua pengunjung adalah berbaloi,” tambah Azri.

Apa yang lebih menarik mengenai pengajuran konsert pada kali ini, Hausboom juga telah mengeluarkan 200,000 botol Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad versi konsert Hausboom Music 2023. Bukan sahaja itu, setiap label edisi terhad itu mempunyai kod QR dimana setiap pembeli yang mengimbas kod tersebut berpeluang untuk memenangi:

  1. Tiket- tiket VVIP yang berjumlah RM1,200 untuk sekeping tiket
  2. Barangan rasmi konsert Hausboom Music 2023
  3. Potongan harga bagi pembelian tiket “General” konsert Hausboom Music 2023

Tiket-tiket dengan harga RM199 (General), RM 359 (Rockzone) dan RM1200 (VVIP) sudah mula dijual sejak 25 Mei lalu. Pembelian tiket boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu melalui:

  1. Ticket2u.com
    (https://www.ticket2u.com.my/event/29996/hausboom-music-2023).
  2. Laman web rasmi Hausboom bagi pembelian tiket secara ansuran
    (https://shop.hausboom.com)

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hujan bukti kuasa indie, konsert ulang tahun ke-20 raih pengiktirafan MBOR

INDUSTRI muzik tanah air melakar satu lagi detik gemilang apabila kumpulan rock indie tersohor, Hujan, secara rasmi diiktiraf oleh...

More Articles Like This