[VIDEO] Impian timang cahaya mata kedua tak kesampaian, Uyaina Arshad keguguran

Dari Penulis

PELAKON dan pengacara, Uyaina Arshad terpaksa reda apabila impian untuk memiliki anak kedua tidak kesampaian selepsa dia mengalami keguguran pada Mei lalu.

Pendedahan itu dibuat oleh Uyaina menerusi perkongsian video di TikTok yang ketika itu dia membuat kejutan memberikan alat ujian kehamilan kepada suaminya, Raja Syahiran.

“Video ni diambil waktu bulan Mei masa kami bercuti di Anantara. Alhamdullilah Allah beri rezeki untuk mengandung buat kali kedua. Gembira.. Tak boleh diungkap dengan kata-kata.. Syukur.

Tapi sayang.. Kandungan tak lama. Uyaina keguguran. Walaupun sekejap. Tapi tetap Alhamdullilah syukur sebab Allah sempat pinjamkan kebahagiaan itu,” ujarnya.

Pada masa sama, Uyaina sempat membuat ucapan ulang tahun kelahiran buat suaminya.

“Dan hari ini, hari lahir suamiku @Syahiran. Saya bersyukur kerana saya melalui alam rumah tangga bersama awak.

“Terima kasih sebab sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk saya dan Urhan.

“Saya doakan yang terbaik untuk awak dalam setiap apa yang awak buat. Dan semoga Allah kurniakan rezeki yang tak disangka-sangka untuk kita berdua.

“Saling sayang-menyayangi, hormat-menghormati, dan berkasih-sayang hingga ke syurga. Aamin. Happy Birthday, hubby,” katanya.

Uyaina dan Syahiran telah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan.

@uyaina

Video ni diambil waktu bulan 5 masa kami bercuti di Anantara. Alhamdullilah Allah beri rezeki untuk mengandung buat kali kedua. Happy.. Tak boleh diungkap dengan kata2.. Syukur. Tapi sayang.. Kandungan tak lama. Uyaina keguguran. Walaupun sekejap. Tapi tetap Alhamdullilah syukur sebab Allah sempat pinjamkan kebahagiaan itu.. Dan hari ini, hari lahir suamiku @Syahiran ♥️ I’m glad that I’m going through this journey with you.. Terima kasih sebab sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk I & Urhan. I doakan yang terbaik untuk you dalam setiap apa yang you buat. Dan semoga Allah kurniakan rezeki yang tak disangka2 untuk kita berdua.. Saling sayang menyayangi, hormat menghormati, dan berkasih sayang hingga ke syurga. Aamin.. Happy Birthday, hubby ♥️

♬ original sound – byUA – byUA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This