Uyaina Arshad selar sikap ibu bapa tak bersyukur anak dapat duit raya RM3

Dari Penulis

PENGACARA terkemuka, Uyaina Arshad panas hati apabila terdapat sesetengah individu bersikap tidak bersyukur menerima duit raya.

Perkara ini terjadi apabila terdapat satu hantaran berita di media sosial menyatakan seorang bapa terkejut apabila anaknya menerima duit raya RM3 selain menyindir ini bukan zaman 90-An.

Mengulas isu tersebut Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, berkata setiap individu seharusnya menerima dengan hati terbuka serta bersyukur walaupun nilai duit raya yang diterima adalah kecil.

Tambahan itu, dia turut menjelaskan bahawa pemberi berhak memberi mengikut kemampuan serta merasakan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya tidak diberikan duit raya tersebut.

“Dapat 10 sen sekali pun, terima dan bersyukurlah.

“Duit raya diberi mengikut kemampuan. Kalau orang tu tak bagi sekali pun, tak berdosa.

“Ikut suka hati dia lah nak bagi ke tak. Dan ikut suka hati dialah nak bagi berapa pun,” ujarnya menerusi perkongsian semula pautan berita di Instagram Story miliknya.

Dalam masa sama, dia juga menegaskan dan menasihati orang ramai agar tidak menyusahkan pihak lain serta berasa berbangga diri.

“Jangan buat teruk, tolong. Terpaling ‘entitled’,” akhirinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This