Formulasi baharu sari Pati Ayam Brand’s lebih enak dan mampu kembalikan kecergasan. Lantik Dr Say sebagai duta

Dari Penulis

Formulasi baharu Sari Pati Ayam Brand’s mengekalkan manfaat sedia ada boleh meningkatkan metabolisme sambil mengurangkan keletihan dan menambah aliran oksigen kepada otak untuk meningkatkan daya tumpuan mereka.

Menurut Wong Wee Leong, Pengurus Besar, Suntory Beverage and Food Malaysia, formulasi baharu ini turut memberikan rasa yang lebih enak dan halus untuk diminum berserta khasiat kebaikan sama.

“Kami memahami desakan gaya hidup pantas rakyat Malaysia di mana kita sentiasa bergerak untuk mengimbangi tuntutan kerja, komitmen peribadi dan pelbagai tanggungjawab lain. Dengan formulasi baharu ini, kami yakin bahawa lebih ramai rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripadanya dengan rasa yang lebih enak diminum ini. Sari Pati Ayam Brand’s dengan formulasi baharu akan meningkatkan kecergasan setiap hari untuk memenuhi tuntutan gaya hidup mereka yang sibuk,” katanya.

Dalam pada itu, doktor selebriti, Dr Say dan deejay radio, Chan Fong turut dilantik sebagai duta terbaharu jenama. Ulas Wong, kedua-dua selebriti ini mengenengahkan gaya hidup aktif dan kekal cergas sekaligus melambangkan misi yang dibawa syarikat.

“Sebab itulah kami melantik Dr Shazril Shaharuddin, yang lebih mesra dikenali sebagai Dr Say, dan juga Chan Fong, sebagai duta. Mereka berdua merasai kelebihan produk dapat membantu mereka sentiasa bergerak aktif setiap hari. Dr Say, seorang bapa yang sibuk dan juga pempengaruh media sosial, dan Chan Fong, seorang penyampai radio dan usahawan yang berjaya, menggunakan produk sari pati ayam kami untuk memastikan mereka kekal cergas untuk mengharungi kesibukan mereka memenuhi jadual yang padat,” ulasnya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

HWC Coffee lancar kempen ConnectKL, sasar perkukuh hubungan komuniti di Lembah Klang

Dalam dunia yang semakin pantas dan dipenuhi pelbagai tuntutan kehidupan, ramai rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di hadapan...

More Articles Like This