Sasar RM3 juta jualan produk, Kyut Skin mahu buang persepsi ‘produk timbang kilo’. Lancar produk berasas organik dengan teknologi Korea

Dari Penulis

Sedar akan persepsi masyarakat akan produk penjagaan kulit ‘timbang kilo’, Fabulove Sisters Empire menerusi jenama Kyut Skin mengambil haluan berbeza dengan mengeluarkan produk berasaskan bahan organik dengan bantuan teknologi kecantikan Korea.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fabulove Sisters Empire, Nur Fathini Khalilah, Kyut Skin diwujudkan dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang mudah bagi keperluan penjagaan kulit harian. Ini termasuklah dengan mengintegrasikan kemajuan teknologi ke dalam produk keluaran mereka.

“Di Kyut Skin, kami komited untuk menghasilkan produk yang inovatif, berkualiti tinggi dan penuh dengan manfaat yang akan memberikan impak positif kepada kulit anda.

“Dan atas sebab itu, kami pergi sendiri ke Korea Selatan untuk bekerjasama dengan pakar-pakar kimia terlatih bagi memastikan produk memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tertinggi,” kata Fathini.

Tidak hanya mahu menumpukan perhatian kepada bidang penjagaan kulit, jelas Jelas Fathini yang turut popular dengan panggilan Nini Comei, Kyut Skin merupakan langkah pertama mereka dalam dunia perniagaan sebelum Fabulove Sisters Empire meneroka peluang perniagaan lain.

“Ini adalah langkah pertama kami sebelum mewujudkan lebih banyak lagi cabang perniagaan lain seperti Kyut Cafe dan Kyut Villa di Balik Pulau, Pulau Pinang sekurang-kurangnya pada tahun hadapan bagi merancakkan ekonomi dan peluang pekerjaan penduduk setempat. Dan Kyut Skin adalah satu penanda aras kami dalam dunia kosmetik di mana produk kami berkualiti dan proses penyelidikannya dilakukan di Korea.

“Kyut Skin ditubuhkan bukan sahaja untuk memenuhi ruang pasaran di negara kita tetapi misi kami adalah untuk membuka lebih banyak peluang menjana ekonomi dalam masyarakat.

“Kami sentiasa merangka perancangan rapi untuk lebih maju bukan sahaja dalam bidang pemasaran dan produk, tetapi pelbagai bidang lain juga dengan positif,” jelasnya lagi.

Ketua Pegawai Operasi Fabulove Sisters Empire, Nur Fathin Zulaikha, berkata, Kyut Skin memberikan penekanan penuh terhadap formulasi produk yang dihasilkan. Melalui kolaborasi bersama pasukan ahli kimia yang berdedikasi dan pakar-pakar terlatih, Kyut Skin memastikan produk mereka memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tinggi.

Dan berdasarkan kualiti dan keberkesanan produk, ulas Fathin, mereka optimis akan penjualan produk tahun ini bakal mencapai sasaran RM3 juta.

“Kami sasarkan mengeluarkan lapan jenis produk, di mana empat lagi produk akan dipasarkan pada tahun hadapan.“Untuk sasaran jualan empat produk yang ada, kami menjangkakan angka RM3 juta pada tahun ini dengan pelbagai bentuk promosi, penambahan ejen berdaftar dan antara produk ini juga telah mula dipasarkan di beberapa buah farmasi. Bermakna semua produk dijangka akan sold out pada hujung tahun,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu, Kyut Skin, sebuah jenama penjagaan kulit milik Fabulove Sisters Empire meraikan majlis pelancaran produk keluarannya dan seiring dengan pembukaan rasmi ruang pameran eksklusif Kyut Skin di Ampang. Antara produk keluaran Kyut Skin ialah Stik Pelindung Matahari, Oli Face Cleansing Sheet, Glowy Face Mist dan Moist Moisturiser.

Kyut Skin telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah sejak penubuhannya antaranya Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputera, diikuti dengan Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider untuk stick pelindung matahari mereka. Jenama ini juga meraih penghargaan Inovasi Penjagaan Kulit Terbaik di Malaysia Best Business Awards 2023.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hafazan Itqan 2026: Rekod 1,958 Peserta Bukti Anak Muda Makin Dekati Al-Quran

PENGANJURAN 18th Itqan National Quranic Memorisation Competition mencatatkan pencapaian luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan seramai 1,958 peserta dari...

More Articles Like This