Wanita ditahan buat laporan palsu elak didenda kerana hilangkan MyKad

Dari Penulis

Gara-gara mahu mengelak daripada didenda untuk permohonan kad pengenalan MyKad baharu selepas ia tercicir, seorang wanita sanggup membuat laporan polis kononnya dia disamun.

Bagaimanapun, tindakan wanita berusia 24 tahun itu mengundang padah apabila helahnya dihidu selepas siasatan dibuat ke atasnya. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata suspek yang bekerja sendiri itu ditahan di Balai Polis Ampang, di sini 8.50 malam, Jumaat lepas, hari sama laporan palsu berkenaan dibuat.

“Pengadu (suspek) mendakwa telah didatangi suspek menaiki motosikal lalu meragut beg beliau ketika membonceng motosikal bersama teman lelakinya, pada 5 petang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan air kencing adalah negatif dadah.

Menurutnya, suspek ditahan reman empat hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau didenda RM2,000 atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, orang ramai diberi amaran agar tidak membuat laporan polis palsu bagi mengelak dikenakan denda oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara dalam proses mendapatkan kad pengenalan baru.

— BERNAMA

Monday , 31 July 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This