Skechers dan Play-Doh dinobat pilihan terbaik ‘Parenthood’s Parents’ Choice Awards 2023’

Dari Penulis

Hampir 100 jenama pilihan ibu-bapa di Malaysia menerima anugerah ‘Parenthood’s Parents’ Choice Awards 2023’ anjuran Majalah Parenthood dalam satu majlis baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusan Rangkaian Media Parenthood, Terasa Chin, anugerah tersebut diberikan berdasarkan undian yang dibuat oleh pembaca Majalah Parenthood pada awal tahun 2023.

Ulas Teresa, anugerah itu juga mampu menjadi penanda aras untuk digunakan oleh para ibu bapa di luar sana bagi mencari pilihan jenama berkualiti untuk keluarga mereka.

“Dengan tumpuan khusus untuk mempromosikan kecemerlangan, PCA bertujuan untuk menyokong ibu bapa dalam membuat pilihan yang tepat,” katanya.

Bagi Anugerah Jenama Mainan Terbaik dimenangi oleh Lego manakala anugerah Jenama Kasut Terbaik Untuk Kanak-kanak diberikan kepada Skechers.

Selain itu bagi Permainan Papan Keluarga Terbaik pula dimenangi oleh Monopoly dan Jenama Kraf Tanah Liat Terbaik dimenangi oleh Play-Doh.

Anugerah Susu Pembesaran Terbaik pula diberikan kepada Enfagrow A+ Mindpro. Senarai penuh penerima anugerah boleh didapati di laman sesawang parenthood.my

Untuk rekod, Parenthood’s Parents’ Choice Awards adalah pengiktirafan tahunan yang diberikan kepada pelbagai jenama terkenal di Malaysia yang menyediakan produk dan perkhidmatan bagi ibu bapa dan kanak-kanak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

WhaleBuy perkukuh kedudukan serantau dengan pembukaan ibu pejabat global di Kuala Lumpur

WhaleBuy Group melakar satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pengembangannya apabila secara rasmi membuka ibu pejabat global syarikat itu...

More Articles Like This