BEBERAPA kawasan di Seksyen 13, Shah Alam dilanda banjir kilat petang berikutan hujan lebat sejak jam 2 petang tadi.
Antara kawasan yang terjejas akibat banjir kilat itu adalah di sekitar Masjid Seksyen 13, Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi berkata, Majlis Bandaraya Shah Alam telah menutup jalan-jalan yang terjejas bagi mengelakkan gangguan trafik.
“Saya juga terima aduan pokok tumbang berdekatan Kondominium Seri Alam di Kelab Gof SSAAS, Seksyen 13. Saya telah berhubung dengan pihak MBSA dan pasukan PANTAS telah dikerahkan untuk memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang.
“Alhamdulillah, banjir kilat mulai surut namun dinasihatkan orang ramai terutamanya pemandu kereta dan penunggang motosikal agar berhati-hati,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di laman X hari ini.
Baca juga: Polis sahkan video tular helikopter hantar murid ke sekolah dekat Shah Alam
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira antara jam 3.40 petang hingga 4.37 petang.
“Antara kawasan terlibat ialah laluan Jalan Persiaran Sukan serta laluan bulatan Stadium Shah Alam menghala bangunan Accapela.
“Selain itu, banjir kilat dilaporkan turut melanda di Jalan Surau Munawwarah sehingga persimpangan lampu isyarat di jalan tersebut, persimpangan lampu isyarat Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, laluan jalan berhampiran bangunan lama Management and Science University (MSU) serta laluan di Pangsapuri Perdana,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

