JANGAN menyebarkan atau berkongsi visual serta gambar mangsa insiden nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, semalam.
Itu penegasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini.
MCMC turut menzahirkan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa nahas pesawat tersebut.
Suruhanjaya itu turut mengingatkan orang ramai kepentingan menghormati dan menunjukkan sifat empati yang tinggi.
“Dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina, adalah penting untuk kita menjaga sensitiviti dan mengelakkan diri daripada berkongsi gambar mangsa tragedi.
“Berkongsi gambar mahu pun rakaman video mangsa nahas berkenaan bukan sahaja boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa malah melanggar prinsip serta etika yang paling asas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Nahas Elmina: Operasi di lokasi disambung 9 pagi
Mengulas lanjut, MCMC menegaskan penting bagi semua individu untuk membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar mangsa tragedi dan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan tersebut.
“Sebarang perkongsian melibatkan gambar atau video mangsa tragedi dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Semalam 10 lelaki disahkan maut dalam kejadian itu.
Antara nama yang terdapat dalam senarai penumpang ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun.
Lapan daripada yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.
Ketika kejadian pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.48 petang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

