Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Jentera kedua-dua parti juga akan bergerak berasingan walaupun masih bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu disahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, hari ini.

Menurut Abdul Hadi, ini kerana Bersatu mendesak mahu menggunakan logo PN pada PRN Johor kali ini.

Pada masa sama, beliau berkata, PN juga masih belum membuat keputusan sama ada mahu memecat Bersatu atau tidak sebagai ahli gabungan tersebut.

“Dia (Bersatu) mendesak nak (guna) logo (PN), kerana kita tak pecat dia lagi.

“Kita tetap dengan simbol, yang Bersatu saya tidak tahu strategi atau tidak. Mungkin strategi dia sendiri tetapi insya-Allah orang Pas akan bekerja,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas akan menjadi pembangkang dan penasihat kerajaan selepas PRN Johor.

Perkara paling utama, katanya, Johor akan diterajui oleh orang Islam dan tidak dikuasai golongan bukan Islam serta liberal.

“Kita hendak orang Islam yang menerajui pemerintahan di Johor dan PAS akan menasihatkan kerajaan negeri itu,” katanya.

Pada PRN Johor kali ini, Pas telah mengumumkan untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bersatu pula yang masih berada dalam PN akan meletakkan calon di 16 kerusi manakala Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) sebanyak lima kerusi DUN.

PRN Johor akan dibuka tirai secara rasmi menerusi proses penamaan calon esok mulai pukul 9 hingga 10 pagi.

Hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai depan manakala pengundian awal 7 Julai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gendang PRN Johor dipalu esok, penamaan calon 9 pagi

GENDANG Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 akan mula dipalu secara rasmi esok menerusi proses penamaan calon untuk bertanding...

More Articles Like This