Ilmu + Islam + amal = takwa. Insya Allah ganjarannya syurga

Dari Penulis

M – U = A²

U – M = S²

M + U = K

M + U + D = K

Formula apa tu? Tak pernah lihat dan tak pernah belajar pun. Sebenarnya itu adalah formula mudah bagi menjadi hamba Allah yang bertakwa. (M) matlamat tanpa (U) usaha adalah (A) angan-angan.

(U) Usaha tanpa (M) matlamat adalah (S) sia-sia. Manakala jika (M) matlamat disertakan dengan (U) usaha maka (K) kejayaan akan diperoleh. Sebagai umat Islam, (D) doa adalah tambahan bagi menyempurnakan lagi formula kejayaan bagi orang yang bertakwa.

Sebagaimana yang telah diketahui, ilmu, iman dan amal adalah saling berkait. Ilmu yang menjadi teras agama Islam akhirnya akan dapat melahirkan keimanan terhadap Allah. Dengan adanya iman dan dengan meningkatnya keimanan terhadap Allah maka lahirlah rasa ketaatan untuk melaksanakan perintah Allah.

Naluri keimanan yang melahirkan rasa ketaatan untuk melaksanakan perintah Allah ini pula akan dapat dilihat melalui perbuatan iaitu solat, melaksanakan ibadah-ibadah sunat dan wajib serta amalan-amalan soleh yang dijanjikan pahala.

Amal merupakan satu aplikasi yang terhasil dari gabungan ilmu dan iman kerana kebenaran iman dapat dilihat melalui amal soleh seseorang. Allah bersumpah demi sesungguhnya manusia itu rugi andai beriman tanpa amal. Allah S.W.T. berfirman dalam surah al-Asr ayat 1 hingga 3

Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”

“Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman…” (HR Ath-Thabrani)

Ilmu merupakan asas, manakala amal adalah natijah atau hasil dari ilmu. Maka, disinilah hubungan dan peranan di antara ilmu, iman dan amal. Berdasarkan kata Imam al-Ghazali dalam kitab Minhajul Abidin,

“Ilmu adalah imamnya amal, manakala amal merupakan makmumnya (pengikut)”.

Jelas di sini, amal tidak akan lahir tanpa iman, manakala iman tidak akan lahir tanpa ilmu yang dapat mendekatkan diri seseorang hamba-Nya kepada Allah Taala.

Dengan ilmu, iman dan amal maka tidak akan wujud lagi ungkapan (kalau) dalam kehidupan seharian kita melainkan untuk perkara yang membawa kearah kebaikan. Orang yang berilmu akan memiliki akal pemikiran yang cerdas yang mampu memandang kepada hakikat.

Artikel berkaitan: Rosak akidah hanya kerana kalimah kalau

Ini kerana Islam melarang keras umatnya dari berkata dan memikirkan perkara-perkara berdasarkan hukum akal semata-mata. Melalui ilmu juga, seseorang dapat menilai dan memikirkan segala kejadian alam bagi menambahkan lagi nilai keimanan dan ketakwaan kepada maha pencipta.

Justeru, sebagai hamba Allah kita harus sedar, segala keputusan tidak terletak di tangan kita. Sebagai manusia kita perlu berusaha, berdoa dan tawakal kerana segala ketentuan datangnya daripada Allah.

Janganlah kita menidakkan takdir Allah dengan mengatakan,  

“kalau aku buat begitu, mesti tidak akan jadi begini..”. 

Apabila seseorang cuba mempertikaikan takdir Allah maka akidah boleh tergugat. Jelas sekali ungkapan ini datangnya dari orang yang tidak berilmu dan mudah sekali digoda oleh syaitan hingga terpesongnya akidah. Wallahu a’lam

____________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This