Kejohanan golf media Allianz Malaysia disertai 80 peserta, terbesar setakat ini

Dari Penulis

ALLIANZ Malaysia Berhad sekali lagi menganjurkan kejohanan golf untuk media yang pertama kali diadakan di lapangan gol berprestij, Saujana Golf and Country Club (SGCC), Shah Alam, baru-baru ini.

Kejohanan kali sembilan itu sememangnya merupakan acara yang ditunggu-tunggu oleh para pengamal media dan kali ini telah berjaya menarik 80 penyertaan pemain golf media, pengurusan kanan dan kakitangan Allianz Malaysia.

Media yang menyertai tahun ini adalah terdiri daripada pemain golf dari Berita Harian, Media Prima, Harian Metro, New Straits Times, Media Mulia (Kosmo, Utusan Malaysia dan The Malaysian Reserve), The Star, The Sun, Astro, Bernama, Business Today, The Edge, Sinar Harian, Nanyang Siang Pau, RTM dan portal seperti Cakap Sukan Online, Utusan TV dan Par Golf.

Antara media yang terbaharu menyertai kejohanan kali ini adalah Suara Merdeka, Oriental Daily, Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM), Golf Malaysia, The Club House, dan Smart Investor.

PEMENANG kategori berkumpulan.

Mewakili Allianz Malaysia Berhad pada kejohanan kali ini ialah Pengerusinya, Zakri Khir, Chairman; Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, Goh Ching Yin dan Ketua Pegawai Kewangan Giulio Slavich serta beberapa pegawai kanan yang lain.

Pemenang untuk kategori individu media adalah Andrew Ng dari Golf Malaysia, kedua Mahathir Mohd Sidi dari Media Prima dan tempat ketiga Raimon Arvindra dari Astro.

Manakala untuk kateori berkumpulan, pasukan yang terdiri daripada Pizan Mustafa (NST), Mohd Sharif Omar (Media Mulia), Anas Hassan (Bernama) dan S.Thirushalvan (Smart Investor) memenangi tempat pertama.

Tempat kedua ditemenangi oleh pasukan yang terdiri daripada Khairul Azraei (Media Prima), Jefri Hassan (Astro), Nor Affandi Ariffin (TV3)and Toha Dol (Golf Malaysia), manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan yang terdiri daripada Abdul Yazid (Cakap Sukan), Yizhen Lee (The Sun), Intan Farhana (The Edge) dan Muhammad Ashraff Noor (Media Prima).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Nafuzi Zain kembali kendali Terengganu FC

BEKAS jurulatih bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Mohd Nafuzi Mohd Zain atau Nafuzi Zain kembali semula menerajui Terengganu FC...

More Articles Like This